Wednesday, December 28, 2011

tanah tumpahnya darahku

seiring, seiya dan sekata dengan tajuk. sememangnya negara ini menjadi tanah tumpah darah rakyatnya sendiri tidak mengira umur, bangsa dan negara. jika diselidiki, apakah punca sebenar harga darah manusia bagai diperjudikan? adakah kerana sikap manusia itu sendiri? atau masalah kewangan @ ekonomi? barangkali kepimpinan yang tidak sistematik menjadi punca setiap yang berlaku. ada juga yang berpendapat, kemodenan dan masalah sosial menjadi sebab-sebab uatama berlakunya pelbagai kejadian tidak diingini.

Tuesday, December 27, 2011

hati yang kau sakiti

        kau ingat lagi tak hari tu? hari kau tudung-tuding jari sambil mengjegilkan biji mata ke arahku? hari kau mengaibkan aku dihadapan kawan-kawanku? hari dimana kau buat aku mengunyah nasi yang berendamkan air mataku? hari kau rasa hebat kerana kekhilafanku? ingat lagi tak? harap kau ingatkan hari itu walau aku sendiri lupakan tarikhnya. kerna hari itu cukup-cukup tersimpan dalam hatiku. hari aku terluka dek kata-kata kesatmu.

Friday, December 23, 2011

Kisah Dongeng(final episod)

Bunyi tabuh kedengaran bergema ke serata negeri. Semua rakyat jelata meninggalkan aktiviti yang sedang dilakukan dan bergegas ke perkarangan istanan raja. Tidak mengira jantina, umur dan saiz badan, semua rakyat berasak-asak untuk memerhatikan raja dan isterinya dari dekat. Mereka juga tertanya-tanya tujuan perhimpunan itu diadakan secara mengejut. Laksamana mewakili raja mengkhabarkan bahawa istana akan mengadakan majilis makan dan tari menari buat rakyat jelata. Semua diminta hadir dan tiada pengecualian walau dari segi umur. Tuan puteri berhasrat untuk bermesra bersama rakyat dan mendekati keperitan rakyat jelata yang disayanginya. Selepas pengkhabaran tersebut, semua rakyat bersorak gembira. Mereka melaungkan ucapan terima kasih kepada raja dan isteri.

Kisah Dongeng (episod 1)

Dalam sebuah kerajaan terdapat seorang ahli sihir yang sangat digeruni kerana kekejamannya dalam menggunakan ilmu hitam. Sejak beberapa kurun, ahli sihir tersebut bermaharajalela dengan kuasanya sehinggalah raja negeri itu berkahwin dengan seorang puteri yang cantik lagi bijaksana. Selain perwatakan sang puteri yang sangat peramah dan prihatin, beliau sangat disayangi dan disanjungi oleh rakyat jelata. Raja pun bertambah sayang akan puteri isteri tercinta. Arakian, hidup si ahli sihir semakin gundah gulana kerana kedudukannya semakin goyah. Beliau bercadang untuk memusnahkan hidup sang puteri dengan kejam.


Friday, December 16, 2011

tahun-tahun berlalu

berhujan, berpanas semua telah aku lalui. tipulah andai tiada putus asa yang hadir. pernah jua air mata tumpah membasahi bumi tatkala melalui pahit di perantauan. jatuh bangun sendirian hanya ditemani air mata. walau tidak terlihat dek mata kasar, aku percaya doa emak mengiringi langkah ku yang kadang tersadung dek kaki sendiri. langkah yang tak tersusun aku teruskan hanya untuk masa depan sendiri. biar dipandang pelik, sekurang-kurang tidak dipandang jelik atau hina kerana meminta-minta hanya untuk sesuap nasi.

Monday, December 12, 2011

pulau pinang

dari sebuah pulau, ke sebuah pulau. memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi walau perancangan awalnya jam 7.00. kata orang 'janji melayu' singgah bersarapan hanya di tepi jalan. menjamu selera apa yang ada agar perut kosong terisi.

kedah darul aman

angin menghembus rakus menyambar pipi mulus ini. awan kelihatan cerah bersama beburung berterbangan bebas tanpa batas. tubuh kusandar malas. terasa tenaga makin hilang. pemandangan seluas angkasa. sesuatu yang baru dalam hidupku. padi menghijau. jauh di sana terdapat rumah-rumah kecil yang nampak cantik dan mendamaikan. jauh dari kesibukan kota dan pembinaan bangunan-bangunan pencakar langit. fikiran terasa kosong dan tenang.

bertemu dan berpisah

setiap yang bertemu pasti akan berpisah. samada berpisah hidup, atau berpisah nyawa. dari DIA kita datang, kepadaNYA jua lah kita kembali. yang hidup pasti mati, yang datang akan pergi. hanya masa dan keadaan yang tak diketahui.