Friday, January 29, 2010

lembu jantan beranak

ade sorang pakcik ni. sangat terkenal kat kawasan felda kampung makissa. orang panggil dia Bakar wiyering coz kehebatan dia dalam membaikpulih masalah elektrik dan pempaipan. aku panggil dia pakcik Bakar lah kan. takkan nak panggil Bakar jer. mau nye mak aku 'bakar' mulut aku nanti.

suatu petang.....
pakcik Bakar dengan motor honda EX5 yang aku tak ingat plat nombornye datang ke rumah aku. kak nor..kak nor.. (nama mak aku, yang diabaikan sebutan R nye) jerit pakcik Bakar. (aku pelik, setiap kali dia datang umah aku, dia tak pernah panggil nama ayah aku. nama mak aku juga yang dipanggilnya.). bang Kadir, kak Nor ader? (dalam slanga melaka nya, kerana dia asal dr melaka bandaraya bersejarah.)

tatkala dia nampak jer muka mak aku keluar dari pintu bilik, dia pon mula buka cerita.
kak Nor nak tahu, aku tengok lembu jantan beranak... cerita pakcik bakar bersungguh-sungguh.
kek mano? kau takyah buek tembeghang lah Bakar. bilo pulak lombu jantan beranak. (gaya bahasa emak yang tak pernah berubah atau diubah sejak lahirnya lagi.). lombu yang mano satu bakar? yang Jantan kandangkan kek kobon tue ko? (gaya bahasa ayah juga seperti emak hendaknya). dengan muka suci tanpa rasa bersalah ayah mengajukan soklan sambil menyedut asap pradadahnya. huhuhuhu. sepeti biasa, pakcik Bakar akan kuciwa bilamana taktiknya untuk mengenakan orang tidak menjadi.

arakian diterangkan oleh pakcik Bakar kepada emak yang masih terkebil-kebil tidak faham. jantan yang yang dimaksudkan bukanlah jantina kepada lembu tersebut, tetapi tuan empunya lembu yang namanya pakcik Jantan. Memang kebiasaan manusia akan mengaitkan binatang peliharaan atau nama perempuan dengan nama pemiliknya. seperti emak aku contohnya, orang panggil kak Nor Kadir, sebab ramai sangat Nor kat kawasan rumah aku tue. lain-lain contoh. macam, lembu Karim, kambing Hassan, kedai Pian dan lain-lain yang dikaitkan dengan nama tuan empunya.

macam tu jugaklah dengan lembu Jantan. sebenarnya yang dimaksudkan ialah lembunya si pakcik Jantan.

hantu kau Bakar, kau kono kan Nor yo.

kahkahkahkahkah.....
assalammualaikum.. migrain tersenyum sumbing sambil memberi salam.
waalaikumussalam, jawab makissa acuh tak acuh. dalam hati menggomel sendiri. pehal lah minatang ni mai time-time nie? tak boleh tengok orang senang ckit.

dua tiga hari jugak lah si migrain menjadi tetamu tak diundang. mulanya makissa buat tak kisah jer. tapi lama kelamaan makissa juga yang terpaksa mengalah. melayan karenah migrian berhari-hari. sampai terpaksa meninggalkan tugas di pejabat.

setakat ni tiada tanda-tanda migrian mahu pergi. makissa letih melayan migrain.

Wednesday, January 27, 2010

terharu

sememangnya tanpa kita sedar ade orang yang sentiasa ingat kita... aku tak ke opis hari ni. atas alasan migrain menyerang kepala hotakku. beberapa perkara dan masalah yang melanda membuatkan migrain semakin kerap muncul melawat aku. migrain-migrain....

macam tajuk kat atas.. aku terharu punya sahabat cacat yang tulus dan menakjubkan. si gadis pulang bersama nasi dan ayam. dengan erti kata lain nasi ayam lah.. walaupon tekak ni seakan-akan kurang berselera dengan hidangan si gadis, aku gagahkan juga mengkedarah bungkusan tue. alahai si gadis. mengezutkan bila dia pulang melawat aku yang gering dan kering ni.

*aku tak boleh concerntrate nk taip blog ari ni. si gadis membebel cerita pasal mak lampir. katanya rindu pada mak lampir.

Tuesday, January 26, 2010

duit, gaji, duit, gaji

yea yea yea gaji...yehaaa..... horeyy.......yahoo dot com dot my........ yang bawa masalah problemnye, time gaji kene setle semua bill-bill. easy come easy go. duit memang berhantu, panas jer tangan aku bile pegang duit juta-juta cam ni. kalau mak aku, mesti dia soh simpan dalam bank. bila aku simpan dalam bank, ponggong aku plak panas, asyik nak pigi keluarkan ringgit malaysia yang dah tinggal puluh-puluh ribu tue.

kenapalah gaji februari cepat sangat. ikat anak tekak lah aku sementara tunggu gaji mac. nak ikat leher kang mati plak. dah lah aku ni belom kawen lagi. rugi woo. budjet bulan januari ni lari lintang pukang. jenuh nk manage.

*bayangkanlah kalau daun-daun kat pokok-pokok tue tibe-tibe jadi duit juta-juta

Thursday, January 21, 2010

i don want banana fruit two time

ari ni aku berperang lagi. bukan peperangan somalia, perang yahudi, perang dunia ketiga mahupon perangi dadah mush negara. perang yang tak berapa besar disebabkan situasi lokasi yang tak sesuwhy...

aku memang makin emosi. aku sedar aku kurang hajar sekarang ni. bukan bermaksud aku tak bayar insurans tapi dengan rasa bangga dan penuh bongkak sambil 'mendebik' dada aku tak mengaku kesalahan aku. semua ni berpunca dari kaum dia sendiri. sunguh, wallah, sumpah tak tipu, dulu aku tak macam nie. aku sesuci embun pagi taw..

maaf. aku terlalu trauma dengan peristiwa lalu. arakian, emosi aku tidak mampu dikawal bila itu berulang. walau tak sama, tapi kekadang, ia serupa.

sejarah hidupku penuh hitam dan berliku. maaf kuucap.

nob**i f**k you (nobody but you)

lagi 2 bulan genap umo aku 24 tawon.. meaning nye dah dua-ploh-empat-tawon aku hidup bergelar oku. tapi dulu orang gelarkan cacat. cuma mak dan ayah aku jer gelarkan aku anak istimewa. of couse aku istimewa. huhuhhuu...

tak pernah sesaat pon aku rasa hidup cam orang normal, walau dalam mimpi sekalipon. sampaikan jiwa raga hati dan sanubari aku pun dah sebati dengan sifat2 keOKUan. baru sekarang (bukan duakarang, tigakarang mahupon empatkarang) aku mula memprotes persekitaran yang yang tersangat diskriminasi dengan golongan cacat.

pelik kan? org cacat digalakkan berdikari supaya tak nyusahkan orang lain. tapi kemudahan yang disediakan sangat-sangatlah terhad dan lagi menyusahkan. kadang-kadang (bukan kadang-kadang, memang selalunya pon) kemudahan untuk orang cacat nie macam perhiasan jer. bila aku yang cacat ni nak gunekan kemudahan yang tersedia, tersergam dan tercipta untuk aku tue punyalah susah. bersyarat itu ini. baik tak payah buat kemudahan. macam haram+jadah jer.

satu pusat kemahiran org cacat ni sediakan kemudahan untuk orang cacat belajar memandu dan amik lesen. tapi yang mengharam jadahkan keadaan, budak cacat bekas student kat situ tak dibenarkan menggunakan kemudahan tersebut. ape kes? kalu tak nak bagi budak cacat gune, nak bagi sape lg? ke, korang (para pegawai, khususnya pengarah) bersiap sedia untuk menjadi cacat suatu hari nanti, so, korang sendiri yang boleh gunakan kemudakan kami tue.

*seriusly aku memang emosi dengan mamat sabahan tue. agaknya dia nak peristiwa surat layang yang tak berapa nak melayang tu berulang kembali kot.

Thursday, January 14, 2010

RAMA-RAMA

menyandarkan tubuh empat kerat pada pohon rendang itu melegakan kepenatan makissa. membiarkan lenguh-lenguh badan berlalu bersama tiupan angin petang. seharian sudah makissa memaksa tubuhnya bekerja keras demi sesuap nasi.

leka melayan angin petang bersama kicauan beburung, makissa menerawang jauh. pandangannya ternokhtah pada seekor rama-rama. ingatan makissa berputar pada zaman kecilnya. bersama rakan-rakan seusia, makissa girang menyanyi....

"dari ulat jadi kepompong, hidup mati dalam terowong,
tiba masa kepompong pecah, pop!
jadilah rama-rama yang indah.
rama-rama terbang merata,
sangat cantik aneka warna......."

makissa terhenti di situ. di luar akal logik makissa mahu seperti si rama-rama itu. sangat cantik aneka warna, bebas berterbangan ke mana saja, mati, dan kemudian hidup semula dengan watak dan wajah baru.

Monday, January 11, 2010

malam itu makissa menanti penuh pasti. dengan yakinnya makissa meletakkan harapan tinggi. orang bilang makissa persis wajah itu. lembut bertudung, gelagat lincah dan bertubuh kurus tinggi.

.......balik jer dari pejabat, aku terus ke pasaraya M.. siap menghabiskan duit poket, aku ke kaunter pertanyaan. terkejut beruk kene belacan aku bila penjaga kaunter tu panggil aku dengan nama artis. katanya wajah aku mirip sorang artis indie. wah..bangga tahap laut dalamlah aku time tue. budak kaunter tue terkejut tengok artis masuk pasaraya dia. dia tak nampak kepincangan langkah aku? hahahhaa lawak sangat-sangat. dia perli aku ker sebenarnya?......

malam itu makissa senyum puas. memang makissa mencapai target. namun wajah itu tidak iras makissa. puas dibelek hidung, bibir dan mata, tapu langsung kecewa.

Wednesday, January 6, 2010

wujud tapi tak ada

sebuah meja berhiaskan perkakasan kerja
disisi sebuah kerusi empuk berwarna kuning

aku malihat papan kekunci bergerak sendiri, bagai seseorang mengendalikannya. di monitor komputer terpampang perkataan membentuk sebuah ayat. menjadi sebuah perenggan demi perenggan. akhirnya tercipta sebuah cerita dari sekujur tubuh yang bernyawa. makhluk itu diam membisu. sesekali merenung cermin penghias meja. lirikan mata menyapa sesiapa yang lalu lalang dihadapannya. namun aku hairan. makhluk itu tidak tidak pernah bersuara. bisukah dia? mustahil.

wajah lembut sang makhluk menyejuk jiwa. menenangkan mata yang memandang, meggoda hati yang berkenan. sang makhluk terus senyap. menulis, menaip, menggunting dan menampal. sesekali menajwap panggilan. berbalas SMS. wah! hebat. sang makhluk mampu melakukan semua. sang makhluk sendirian. menyepi bagai banduan. dia disisih atau sendiri menyisih diri?

makhluk itu terus sendirian. hanya senyum terukir menyembunyi kesunyian. kesepian menyelubungi hari-harinya. saat-saat akhir menanti makhluk itu. menjemputnya mengadap maha suci.