Tuesday, July 21, 2009
retaknya benteng kesabaran
Syukurlah aku amsih mahu berkongsi minat bersamamu. Aku masih sudi berkongsi keinginan, cerita dan kesedihan denganmu. Berdoalah agar tiada kebosanan bersarang untukmu. Andai suatu hari berlaku, cekalkan hatimu. Aku telah puas membina benteng kesabaran bersamamu.
*jangan jadi antara manusia kebencianku*
Friday, July 10, 2009
pengemis berada
Aku berkira-kira sendirian. Bagaimana jika suatu hari nanti aku menjadi seorang yang kaya raya? Tidur bertilamkan jutaan not ringgit Malaysia satu ribu, berbantalkan berlian-berlian dan emas permata, berselimutkan geran-geran tanah dan kilang-kilang ternama, berkatilkan apartment dan kondo-kondo mewah yang gah terbina. Mungkinkah aku masih makissa seperti sekarang? Atau aku juga sperti mereka di luar sana. Megkayakan orang yang sedia kaya, dan memfakirkan golongan miskin.
Aku berkira-kira lagi. Apakan akan jadi pada makissa yang sekarang? Adakah makissa akan menjadi buruan sang hidung belang? Mungkin juga makissa akan dikejar oleh golongan yang berpangkat makcik dan pakcik sedarah sedaging mengungkit jasa bakti yang pernah ditaburkan. Setidak-tidaknya, makissa akan diserang migraine tahap laut dalam kerana memikirkan si ‘pengemis’ yang dahagakan kemewahan sedang malas berusaha.
Si pengemis? Meluat aku bila membayangkan wajah mereka. Bahkan aku meluat untuk menyebut nama mereka. Aku dipandang ketika aku sedang ada, aku dihubungi ketika sayap ku mula melebar.
Dulu. Semasa aku tidak punya apa-apa. Mana semuanya mereka? Dulu. Sebelum sayapku mampu melebar dan aku hanya makan kais pagi. Tiada siapa sedar aku masih wujud. Sangka mereka aku telah ditalkinkan pada kurun yang lepas.
Nyata hidup di atas lebih sempit dari hidup di bawah. Aku selesa berada di bawah. Aku benci si pengemis itu. Sungguh aku benci.
Thursday, July 9, 2009
sebelum cerita si jejaka makissa
Gadis makissa tiba. Wajah ceria terserlah pada tawa yang lahir dari hati gembira. Tiada sedih dan duka yang dicerita. Makissa terhibur dengar tawa si gadis. Kini si gadis dalam dilemma. Cuba menafikan keinginan dan kamhuan. Dalam hati gadi amat berbeza. Si gadis juga mahu ape yang orang lain miliki. Namun si gadis terlalu mengharap. Bila gagal, si gadis kecewa. Lontar kata-kata dan ayat pasrah bagai kecewa. Tak terfikir ada sesuatu lebih indah bakal diterima. Mentah-mentah ditolak tanpa sempat difikir semasak-masaknya. Tak pernah professional. Terlalu cepat harap yang indah. Tak pernah bersedia hadapi pasrah.
Makissa sedih dengan si gadis. Usia makin menginjak. Sikap keanak-anakkan tak lekang dari dalam diri. Tak pernah luntur dari fikiran negative. Disangkanya makissa melupankannya. Wujud di benak si gadis bahawa makissa keperitan hidup. Makissa dituduh telah membenci. Melupakan si gadis yang telah jauh pergi. Makissa runsing dengan masalah hidup. Si gadis tambah lagi kegusaran makissa. Kenapa si gadis tak nak faham makissa. Bukan sehari dua makisa dan si gadis bersama. Makan, minum, pakai, tidur dan segala-galanya. Luar dan dalam makissa cerita pada si gadis.
Makissa sedih dengan si gadis. Sekarang, makissa hadapi dengan si jejaka pula. Si jejaka gadis?
Si jejaka makissa seiras sikap si gadis. Makissa sedih. Tiada siapa memahami makissa.
Teratak mewah tampak daif namun bahagia
Teratak mewah tampak daif namun bahagia
Dicelah pentadbiran kerajaan yang serba canggih, mewah lagi berteknologi. Gah dilihat sesiapa saja. Megah berdiri pencakar langit setinggi yang dirancang. Terselit sebuar teratak mewah. Diaras satu, pinggir jalan bertentangan dengan bangunan menuntut ilmu dikalangan pelajar-pelajar.
Dari luar ia tampak mewah. Keluasan yang layak untuk golongan berkelamin. Namun di dalamnya amat daif untuk dilawati. Serba kekurangan dari segi perabot. Amat bosan untuk didiami. Cukup untuk makan, tidur dan belajar. Bahan hiburan? Lupakan saja. Kelengkapan rumah yang boleh dikira bilangannya. Tiada hiasan walaupun jam dinding. Amat sedih untuk diselami.
Tersirat sesuatu yang telah menjadi suratan. Tersirat kebahagian, keselesaan dan peluang mengejar cita. Penghuninya bahagia. Masak, makan, berhibur, belajar dan berbincang bersama. Kekadang berat untuk melangkah keluar rumah. Selesa dengan kehadiran ramai. Bergurau senda tanpa batas. Menghilangkan seribu kedukaan. Terima kasih tuhan. Kesepian di kantor kerja kau gantikan dengan kebahagian di teratak ini.
perenggan 4
Setelah setengah tahun aku berhijrah ke wilayah ini. Aku semakin betah dengan reality alam. Malah aku boleh berbangga bilamana mampu mnguruskan kerjaya, cita dan rumahtangga(walaupun aku blum berkahwin). Namanya sahaja hidup bujang. Tapi aku membiasakan diri sikap tanggungjawab dan kehidupan berumahtangga. Bukan sahaja untuk persediaan setelah dinikahi. Tapi untuk mebiasakan diri ketika bersama keluarga sendiri, saudara-mara malah sepupu sepapat yang sering mencacatkan jadual perancanganku bersama teman-teman. Masa ku atur sebaiknya agar tiada yang terluka. Bahkan untuk diri sendiri agar boleh berehat dan menikmati nikmat indah alam.
Memerah keringat pasti meletihkan. Aku cuba menjadi yang terbaik untuk memenuhi kehendak semua. Malah kekadang aku gembira melihat hasilku. Walau tak sesempurna mana. aku bangga aku yang lakukan.
perenggan 3
Aku berceloteh sendirian. Unkapan yang tak jelas maksud dan jalan cerita. Tubir mata hampir roboh dek banjiran mutiara hangat. Akhirnya tumpah laju mangalir ke pipi. Rakus saja ia mambasahi mulus pipi ini. Teman yang amat setia. Hadir sentiasa dan setiap kali diperlukan. Malah tanpa diundang. Pasti jua ada menemani. Jernih dan hangat membakar semangat yang kepingin terbang bersama-sama peluang yang terlepas. Kehangatan itu menambah ghairahku mengharungi segala. Aku puas saat mampu menelanjangkan peluang yang tiba. Ku genggam penuh rakus dan ku dakap penuh erat. Manik hangat ini bagai pedang tajam berkilat buat diriku dan wanita lain. Molekul di dalamnya bagai meluahkan segala yang terkandung dalam diri. Ku pergunakan pedang ini sebagai senjata untuk menguasai dan menawan peluang yang digenggam.
Saat ku terlena bersama deraian air mata. Bait-bait lirik lagu tercipta untukku nyanyian ungu nyaring dipendengaranku. Bingkas tangan mencapai telefon dan menjawab panggilan dia kekasih dunia tercinta. Mata masih terkatup rapat. Namun suara masih kedengaran menyambut salam. Kebiasaan menghubungi antara satu sama lain membuatkan hari-hari aku tidak lengkap jika tidak menghubunginya atau sebaliknya. Dia kekasih yang kudamba, paling aku cinta, amat aku sayang. Berkongsi keperitan, kerinduan dan luahan. Tidak jemu mendengar suara lunak merdu, dan kisah hidupnya yang penuh liku. Aku belajar dari itu.
ku coret buat bonda
Suatu masa dahulu bonda derita. Dimaki dicerca. Hidup bagai dalam neraka. Paling sadis, yang melakukannya adalah dia. Sedarah sedaging bergelar keluarga, ibu dan bapa sendiri adanya. Bonda derita. Bonda merana. Bonda lali dengan semua. Tapi bonda kuat bekerja. Bonda tabah mengharungi bala. Bonda akur bagi elak dosa. Bonda tak sudi mengerling arah neraka.
Bonda jumpa ayahanda. Bonda keluar dari keluarga. Bina keluarga bahagia. Bersama anak-anak yang bukti cinta berdua. Tidak berpanjangan bahagia yang dicipta. Anakanda tercinta dirampas rakus sang durjana. Haram jadah ku lontarkan untuk nya. Memang keterlaluan gamaknya. Namun hanya itu yang layak untuknya.
Bonda merana. Terseksa dicerca. Tabah mengatasi segalanya. Bonda harungi dengan iringan ibadat pada yang maha kuasa.
Bonda azab buat kali yang seterusnya. Kandungan kelima bermasalah dikira-kira. Tanggal 9 mac bakal menjelma. Bonda khuatir nyawa dirampas yang maha esa. Hanya dengan doa bonda serah segalanya. Insyaallah selamat bila tiba masanya. Bila kandungan lahir kedunia. Bonda panjat syukur diringi azan yang jelas di cuping telinga.
Ujian bonda tiada hentinya. Terus menerus merobek jiwa. Mujur ketabahan mengatasi bonda.
Kini bonda imbas semula. Anak yang dikandung mengulang cerita. Kisah lama berlegar diminda. Seribu doa dipohon agar anakanda tabah sepertinya.
Satu demi satu kisah nan khilaf diungkit. Tiada kata dapat dibait. Sakit pedih dan amat perit. Bonda rungkai setiap apa yang terpalit. Bibit-bibit penderitaan beralih tangan. Anakanda yang disayang menerima giliran. Runsingnya hati memikirkan. Kesanggupan anakanda mengharung cabaran.
Anakanda rasa penderitaan bonda lalui. Namun anakanda nekad tabah lalui semua ini. Anakanda pilu bonda dikhianati. Dendam membara setiap hari. Tindak tanduk semua disimpan dalam hati. Mungkin ada paluang di suatu hari. Anakanda tunjuk bukti. Biar bonda bahagia dihati. Anakanda rela dibuang ketepi.