Friday, January 27, 2012

not in love

makan tak kenyang,
tido tak lena,
mandi tak basah,
bunyi cicak pon mampu buat wa gigil menggeletar satu badan.

hilang segala macho. jauh perginya keganasan gua selama ni. hampir 3 tahun gua bertapa sengsorang dalam gua peribadi gua tu. kebal gagah dan perkasa dah gua rasa. stakat membunuh nyamuk tu mainan gua jer tiap malam. tak heran dah laaa..

tapi semenjak kejadia itu... (baring sambil tangan di atas dahi berlatarbelakang kan muzik retro 60an) ahhhhh gua xboleh bayangkan jika ianya adalah gua.

empat suspek bersenjatakan parang menikam dan mengelar mangsa dalam satu rompakan bersenjata di perumahan penjawat awam jam 7 pagi waktu tempatan. putrajaya. satu rompakan bersenjata telah berlaku di kawasan perumahan penajawat awam yang telah mengakibatkan mangsa dikelar 2 kali di lehar dan ditikam. info yang gua dapat tak tahu lah sejauh mana kesahihannya. namun yang pasti, setiap orang yg jumpa gua cakap mende ni... "ati2 yer dek"

hilang habis kereta kebal gua.

teringat dengan satu entry yang pernah gua buat. entry bertajuk tanah tumpahnya darahku ni macam bersangkut paut jer.. mungkinkah suratan atau kebetulan? tak sampai sebulan wa buat entry tu. perhhh... gigil wa beb.

Friday, January 13, 2012

rebel seperti kakak

terasa ingin menendang tong sampah seperti Kak Lili ketika merebel. aku juga terfikir sesuatu yang sama. pasti mereka akan bilang, 'tak padan dengan rupa, gaya dan cara kerja'. aku bak meludah ke langit. tapi andai aku lebih usaha, lebih berjaya dan lebih perhatian mereka juga akan mengomel ' maklumlah, dia anak kesayangan. anak emas, semua yang dia buat dapat pujian. buat tak elok pon lepas jer'

tak sedar diri

boleh ke dia ni jadi idola pada kanak-kanak? aku rasa dia lebih jadi idola pada lelaki hidung belang. yang suka cuci mata, cuci tangan dan cuci nafsu.

Thursday, January 12, 2012

dunia cyber

teringat sorang lecture time aku study dulu. dia ajar aku math. aku tak pernah lulus math time skolah. tp lecture ni mampu buat aku punye assingment dapat A+, final exam pun dapat A. dan dia satu-satunya lecture yang akan mengulang semula apa yang dia ajar bila aku tertidur dalam kelas. first time dalam istilah hidup aku bila aku buat asignment math dengan titik peluk aku sendiri. biasanya, aku banyak copy and paste jer. tapi lecture tu telah merubah segalanya. walaupun aku tak habis belajar, dan tak berjaya menunaikan impian aku untuk menjadi Profesional in Information Technology, tapi aku ingat setiap nasihat yang dia berikan. masih terbayang-bayang lagi wajah dia masa dia bagi nasihat tu.

perempuan oh perempuan

perempuan oh perempuan... kau faham ke tak istilah "rogol"? apa yang aku faham, rogol ni adalah tindakan secara paksaan. thats means bukan kerelaan si perempuan atau mangsa. kau membuka pekung di dada sendiri dengan berita kau yang tak seberapa ni.

Monday, January 9, 2012

simple & diredhai vs meriah & dilaknati

alam perkahwinan. tahun ini. jika umur panjang, jodoh panjang, dan dimurahkan rezeki, ramai yang bakal berumahtangga. mendirikan masjid dan melayari bahtera perkahwinan masing-masing termasuk aku.
hurmmm... tapi aku sedikit gusar. bukan takut bergelar puan, apatah lagi bergelar menantu hantu.

2011

jika dihimpun-himpun macam-macam perkara dah aku genggam. dah macam-macam kejayaan yang aku julang sepanjang 2011. semuanya berkat usahaku sendiri.. hah.. tak payah nak interprame, nak bagitahu aku korang yang tolong. tak-tak-tak. aku berjaya kerana usaha aku sendiri. kalau korang tolong separuh mati sekalipun, tapi aku sendiri tak mahu berusaha, tiada kejayaan yang datang bergolek. betul? yezzzer.. that correct bebeh... aku berjaya dari hasil usaha ku sendiri! hidup aku!

2012

       jatuh bangun, jatuh bangun dah tahun baru. aku memilih 9hb baru nak wish new year sebab aku suka nombor 9. dah! jangan pertikaikan kenapa. aku dah suka, aku punya sukalah. hahahaha! (gelak jahat) kejamkan?

meroyan

              dah lah gemuk, pendek, tak ada gigi. mulut celupar memekik melolong macam orang kena rasuk jin shamsudin. iya, aku sedang menghina kau. kalau kau punya budi bahasa, aku tak akan nilai fizikal kau. tapi kalau dah maki-maki orang. ape kes?

si tanggang bakal tertonggeng

        dua hari lepas adik tiba-tiba sebak. merayu, mengadu domba pada emak. "kalau emak terasa hati bagi tahu yer. jangan simpan-simpan. kalau adik buat salah pon tegurlah. tak pe marah-marah. janji adik tak derhaka kat mak. mak janji tau, jangan terasa hati dengan adik. mak nak apa-apa mak cakap jer, kalau mak tak nak pon, mak bagi tahu juga. jangan simpan-simpan. mak suka ke, mak tak suka ke mak bagi tahu." lepas tu adik cium setiap inci muka mak.. tengok mata mak berkaca. adik peluk mak ketat-ketat. ayah macam biasa. buat lawak itu ini. konon-konon tak ambil pusing tajuk yang sedang dibincangkan. tapi sesekali ayah alihkan kan pandangan. jauh termenung.