Monday, December 10, 2012

4 tahun dah


Pejamcelik-pejamcelik dah empat tahun aku bergelar penjawat awam. Serius bangga tahap tengkorak kalajengking rasanya. Rasanya baru semalam aku lapor diri, ikat perut, bertarung kesihatan. Turun naik bas dan melawan emosi. Memang menjadi pengalaman paling manis dalam hidup aku. Seronok sedih, penat, sakit semua ada.

Bersempena salahsatu tarikh bersejarah dalam hidup aku, husband bagi aku hadiah. Dia plan nak buat surprise, tapi aku dah ter tak sengaja nampak bungkusan tu. So, tak jadi surprise dah laa...

Cantik sangat-sangat hadiah tu. Memang ade niat nak beli. Tapi belum berkesempatan. Terima kasih husband sebab bagi wife hadiah tu.

Nak menangis pun ada. Bukan sedih tapi terharu dengan hadiah yang husband bagi. Dalam tahun ni jer dah dua hadiah aku dapat dari dia. 1st hadiah memang surprise. Sempat lah air mata aku bergenang. Cuma malu air mata nak meleleh jer.  

Harap-harap dia selalu bagi present lagi kat aku J seronok weyy dapat hadiah. Bertambah rajin aku masak bila selalu dapat hadiah. Rasa dihargai sangat-sangat. Hilang penat lelah semua J... kalau korang nak present juga, rajin-rajin lah bila kat rumah tu.

Tapi dalam rajin-rajin tu, seminggu sekali aku tumbang juga. Miss masak juga. Maklumlah tenaga macam aku ni. Sesekali kena rechargeable. Baru sihat sejahtera.

Friday, December 7, 2012

semoga emak sihat selalu

Aku bermohon pada allah semoga allah melindungi emak
seperti mana emak melindungi aku sejak kecil.
Semoga allah menjaga dan mengasihi emak
sepertimana emak menjaga dan mengasihi aku sejak dalam kandungan hingga besar panjang. Aku pasti allah sentiasa membimbing dan mengampuni emak
sama seperti yang emak lakukan pada aku sedari dulu.

Ya Allah. Ya Rahman. Ya Rahim. Ya Karim. Jauhilah segala kemungkaran, kejahatan, buruk sangka fitnah durjana dan penderitaan dari kedua ibubapa dan keluargaku Ya Allah. Berilah mereka keselesaan, kesenangan, kemudahan agar mereka sentiasa bahagia dan tersenyum sepertimana mereka menjaga aku selama ini Ya Allah.

Begitu besar ujian yang emak tempuhi. Semoga syurga menanti emak. Walaupun aku bukan tergolong dalam golongan anak solehah, diharapkan emak senang di dunia dan berbahagia di akhirat kelak.


sayang emak ketat-ketat


Sejak emak jatuh sakit aku makin rasa serba salah. Doctor cakap emak sakit lutut sebab masa muda emak tak pandai duduk diam. Thats means emak asyik buat kerja jer.. memang pon. Siang malam emak berkerja menjaga aku. Aku ni kerap sakit dan demam. Memang emak berkorban habis-habisan membesarkan aku. Malam-malam berjaga sebab aku tak boleh tidur, waktu siang pula, emak menguruskan tugas harian mencuri peluang sebab aku dah tidur. Aku memang pasti emak sakit sekarang sebab terlalu bekerja masa mudanya. Semuanya kerana aku. Sebab emak bekerja keras menjaga, membesarkan aku. Emak sakit sekarang sebab aku. Salah aku!

Thursday, December 6, 2012

20/11/2012

20/11/2012-selasa pagi-pagi aku dah call emak. Hiba sikit rasa hati. Hari ni birthday emak. Tapi emak dalam wad. Ni merupakan pertama kali dalam hidup emak dimasukkan ke wad. Harap-harap hari ni emak discharge. Boleh celebrate birthday emak. Kebetulan semua anak cucu emak ada. Kalau emak tak dapat discharge hari ni, aku minta izin husband nak jaga emak. Husband memang faham aku dengan emak macam mana. Dia benarkan.

ahad malam

Lepas maghrib dan lepas melantak kfc 2 ketul aku bersiap-siap balik putrajaya. Untung ada kak leha. Dia packing kan keperluan emak. Aku amik apa barang-barang yang emak pesan. Aku keluar rumah 10 minit nak jam 8.oo malam.

Aku bawa abang dan alang sekali. Barang-barang emak berat, ada air panas lagi. Susah pula aku nak bawa nanti. Husband mesti tak boleh bawa. Takut tumpah atas peha dia pula.

Singgah hantar barang-barang emak, gerimis sikit. Mungkin sebab letih aku tak layan perasaan hiba di hati. Jumpa emak, peluk cium emak. Emak cakap tangan sakit dicucuk-cucuk. Staff pelatih punyalah ramai bertenggek depan emak. Bila nampak husband dan abang aku mula dia mengilai-ngilai gatal. Nak jaga emak aku ke nak menggatal? Aku tak lama di hospital. Jam 10 kami gerak balik putrajaya.

Masuk jer kereta hujan selebat-lebatnya. Alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan. Jalan tak jem sangat. Cuma kat bukit putus kereta slow panjang sebab ada lori berat kat depan. Satu lorong, bahaya nak memotong. Tak sampai pon 200 meter jalan okey dah. 2 jam perjalanan kami sampai ke rumah.

Badan letih, aku terus mandi dan tidur.

18/11/2012

18/11/2012(Ahad) – tidur malam tadi memang tak lena. Pagi-pagi aku bangun terus keluar bilik dan ke bilik emak. Badan emak panas sangat. Tengok bilik tak berkemas lagi, mesti emak tak bangun subuh tadi. Suara emak ketar-ketar. Katanya semalam menggigil demam. Muntah-muntah. Nak ke tandas emak merangkak sebab tak larat sangat nak bangun. Emak tak boleh buka mata, pitam katanya.
Lemah lutut aku rasanya. Aku suruh emak bangun. Aku buatkan susu. Bagi makan ubat.

17/11/2012 (sabtu)


17/11/2012 (sabtu) – aku masih di kampung. Bangun awal pagi sebab aku tahu emak dan ayah mesti ke kebun. Kat rumah hanya tinggal aku, husband dan sorang anak buah. Semalam aku jemput dua orang.
Saja buat teman emak ayah bila aku habis cuti nanti.

awal muharam

lama rasa nya tak mencoret kisah di blog ni. bukan tak ada cerita nak dicoretkan. tapi aku tak tahu macam mana arah nak coret kan.