Thursday, April 29, 2010

tampamu

tanpamu kurasa suramnya dunia. tiada kamu aku tak punya apa. hari-hari yang aku lalui kosong dan tak berharga. mengapa hal ini terjadi. ke mana kau menghilangkan diri. kehilanganmu membawa bahagiaku. kini aku bagai tanpa arah dan tuju. kemabalilah seperti dulu. ku bersumpah setia, tiada yang kedua, hanya kau satu.

gelap pandanganku, pendek langkahku, terhenti hala tujuku. kaulah segalanya. tanpamu tidak bermakna aku. dicaci-dihina. tak bermakna hidupku tanpamu kerna hanya kamu buat aku terus di sini.

ohhh internet. kenapa sever slow hari nie? mengapa kau berubah menjadi biskut chipsmore yang sedang melakukan magik? (kejap ade, kejap tak ada) terbengkalai segala tugasku. kerana kehilanganmu juga, aku letih mengRESTART pc.

Tuesday, April 27, 2010

iblis moden.

AKU NAK MARAH!

ntah iblis jantan mana ntah yang hantar mesej kat aku nak berkenalan. tak ke giler namanya tu. kalu tak kenal buat apa hantar mesej. bangang. orang berbalas mesej ni dengan yang dikenali jer. lainlah kalu tersalah nombor secara TAK SENGAJA. aku tekankan kan di sini TAK SENGAJA. sebab kadang-kadang iblis ni pandai buat taktik tersalah hantar mesej. konon.

zaman serba canggih. iblis pon dah pandai guna handset.

Monday, April 26, 2010

celaru

makissa kaget. jemari mahu menaip sesuatu. idea mencurah-curah bagai air terjun dalam hutan simpan.

tapi............

makissa tak punya kekuatan. hilang bersama kabus pagi. yang pergi bersama sang mentari.

mengapa ia mahu terus dihati? keluarlah! makissa mahu kosongkan hati. andai ia terus di hati, pasti membusuk.

tenang.........

disedut nafas dalam-dalam, makissa lepas segala. mungkin tidak hari ini. tapi pasti suatu hari nanti.

lorong yang lohong

langkah kosong
tiada tuju
tersungkur,
jatuh ke bumi

walau lemah,
cuba berpaut,
tanpa sedar,
dahan itu rapuh,

langit kelam,
hilang sinar,
dalam sedu,
tubuh kuyup
dek air mata

Friday, April 23, 2010

sumpah

esak tangis yang bersisa berselang sedu-sedan sambil adik cuba menghabiskan kata-kata.
"adik tak kira. apa pun jadi, adik tak nak siapa-siapa pun sentuh barang-barang dalam rumah ni. adik sanggup berhenti kerja dan jaga mak ayah kat rumah ni. tp adik haramkan sesiapa sentuh barang-barang mak ayah."

alang mengangkat tangan cuba dihayun ke pipi mulus adik. ateh hanya membisu bersandar di daun pintu. hayunan tangan alang dihalang ayah.

adik menyambung. " 19 tahun adik duduk dengan mak dan ayah. tak pernah sekali adik jauh dari mereka. semua yang jadi adik tengok dan dengar. tapi sebab adik cacat tak ada siapa peduli adik. cukuplah. adik dah tak sanggup tengok mereka sentuh hati ayah dan mak. cukup!"

adik sumpah...sapa-sapa yang buat hal juga, biar dia seksa masa mati nanti. kalau tidak pun, hidup dia memang tak aman.

yang lain pasrah. adik benar-benar dah dewasa. adik sudah pandai menilai erti kehidupan. ateh tersenyum dalm hati. alang menangisi sikapnya selama ini. ayah dan emak - hanya mereka yang tahu apa dalam hati mereka.

Tuesday, April 20, 2010

letak jawatan

gadis kata aku pakar penasihat peribadinya. segala macam bende gadis rujuk dan minta nasihat aku. dari hal keluarga, kerja, study, rumahtangga, pasangan kewangan, pakaian, percintaan hinggalah hal peribadi. kadang-kadang aku terpaksa jadi penceramah bebas yang tak berbayar untuk gadis atau sesiapa yang memerlukan seperti encik jejaka, puan mak angkat, dan kengkawan yang sespesis yang lain.

tapi aku rasa macam nak letak jawatan pula. ermmm...orang kata, banyak bercakap, banyak juga salahnya. so, aku bercadang nak tutup mulut dan angkat kaki jer. biarlah apa nak jadi pun asalkan tidak mengganggu-gugat hidup aku. aku perlu bersabar untuk beberapa purnama jer. lepas ni aku tak perlu lagi menyedekahkan air liur pada mereka. khidmat aku selepas ini adalah untuk emak dan ayah pula. terima kasih pada gadis bagi jawatan tu pada aku.

semoga lepas aku tiada nanti mereka ingat segala ceramah percuma aku tu dalam kepala masing-masing. memang aku tak pernah record kan semua ceramah-ceramah aku tu. buat membazir CD je. so, pandai-pandai lah nanti ye. pepehal kau orang cantact jer aku. masing-masing ade simpan nombor aku kan? kalu hilang, buatlah entry kat blog, nanti aku komen.

setiap pertemuan, pasti diakhiri dengan perpisahan sama ada berpisah hidup, atau mati. lumrah kehidupan kita sebagai manusia.

Thursday, April 15, 2010

malam yang kosong

mata terkebil memandang siling. dalam kesamaran aku nampak putaran kipas yang semakin lemah angkara habuk yang telah memberat. ntah kenapa malam ini aku rasa aku sendiri walau dia di sisi. perlahan, aku toleh ke kiri. dia membujur kaku. memalingkan wajah ke arah lain. dengan sedikit ego aku turut berpaling ke kanan sambil mata pura-pura dipejamkan. aku tewas, keresahan tak mampu disembunyikan. aku beralih ke kiri. ku tatap wajahnya dalam-dalam. dia masih kaku. pura-pura tidur, (macamlah aku tak tahu). lewat pagi aku masih terus ke kiri dan ke kanan. sesekali aku telentangkan badan mencari keselesaan tidur. tidak pernah tidurku tanpa didakap erat olehnya. tapi malam ini segalanya kosong. aku perlukan tangan itu. mendakap lembut tubuhku hingga fajar manjelma.

.....................

rengekan dalam tidur membongkar segala gusar di hati. aku mencapai juga tubuh itu akhirnya. ku benamkan wajah di dada bidangnya. ku peluk erat-erat. ku lepaskan nafas panjang. lena kembali bertamu.

Monday, April 12, 2010

tiba masa..

mungkin dah tiba masanya untuk aku melangkah pergi. langkahku tak sejauh mana. sekadar jauh dari pandangan kalian. aku harus pergi. mencari restu duniawi dan keberkatan illahi. aku harus pergi agar aku tidak lagi sendiri.

ku fikir, kalian telah selesa dengan tempat baru. kalian punya tempat berlindung yang baru dan kawan-kawan baru. demikian kiranya, aku mahu pergi. setakat ini aku mampu terus di sisi kalian. di masa hadapan, kalian akan mengerti menagapa aku melangkah pergi.

maaf kan aku. pemergian ini bukan aku benci. jauh sekali aku sakit hati. kesihatan yang menurun, dan situasi persekitaran memaksa aku berhijrah lebih jauh. aku pasti kalian boleh menerima keputusan ini. ku kira kalian pasti mengecap bahagia sepertimana aku juga.

mohon ampun segala onar dan luka yang terpalit di dada. halal segala rezeki yang dikongsi bersama. tiada kata lebih indah melainkan ucapan terima kasih dan salam persahabatan untuk kalian. andai masih punya izin dan ingatan kalian, kita bertemu sebagai penyambung hubungan.

salam kasih sayang buat sahabat dan kekasih hatiku.

Thursday, April 8, 2010

cahaya aneh

suasana kelam malam yang hitam pekat, sesekali buah rambutan gugur angkara pak kelawar yang berjaga malam. buah-buahhan yang jatuh berguguran mampu meluluhkan hati lelaki pak kadir yang sedikit kecut. perut yang memulas-mulas cuba ditahan hingga mentari muncul keesokkannya. namun usaha pak kadir gagal. berbekalkan touch light yang baru ditukar baterynya, pak kadir menyelak daun pintu. sebelum memulakan langkah ke pondok kecil untuk melepaskan "hajat" nya pak kadir menyuluh pokok rambutan miliknya. manalah tahu kalau-kalau terdapat musang cuba 'menculik' ayam-ayam peliharaan jiran yang menumpang tidur di pohon rambutannya.

sambil bersiul-kecil, pak kadir dikejutkan dengan satu cahay terang tiba-tiba berlalu perlahan di langit kelam. bagaikan cahaya halilintar, pak kadir terasa lutunya menggigil. dipanggil mak yati keluar. mak yati pisat-pisat bangun muncul di belakang pak kadir. melihat cahaya aneh yang berlalu setiap lima minit di langit. jam baru menunjukkan jam 10 malam.

muncul pak bakar dengan honda buruknya. pak bakar turut membawa cerita tentang cahaya aneh tersebut. pak kadir kembali ke ruang tamu. duduk bertiga cuba mencari jawapan kemunculan cahaya aneh dil angit kelam. cewaaahhh. terdetik di hati mak yati mungkin malam itu malam lailatulkadar, kebetulan pada masa itu adalah bulan ramadhan.

adik yang terganggu dengan keriuhan mereka bertiga meninjau-ninjau dari pintu bilik. pak bakar memanggil adik. cuba meminta pendapat anak kecil itu andai punya idea yang logik. ntah dari mana datangnya idea, adik memberi pendapat cerdik pada mereka bertiga.

" alaaa apa yang pelik sangat ni. mungkin lampu fun fair kat pekan tu kot. sportlightnya kan terang. tambah-tambah ni malam minggu."

mereka bertiga terdiam. pak kadir bingkas bangun dan terus dengan hajatnya yang tergendala. mak yati terus ke dapur tak tahu apa tujuannya. tinggal pak bakar terkebil-kebil merenung cahaya aneh itu melalui pintu rumah.

andai

andai membunuh diri tidak berdosa...
ingin aku berdiri di tengah jalanraya besar atau lebuhraya yang sibuk dengan kenderaan, membiarkan diri dirempuh lori balak, terhumban ke jalan raya dan digilis setiap kenderan yang lalu lalang terus menerus. biar tubuh ini hancur lumat.

andai membunuh manusia lain tidak berdosa atau dikenakan undang-undang,
ingin saja aku menyembelih semua yang aku fikir menyusah hidup. akan ku pecah-pecahkan kepala hotak mereka yang tidak pernah digunakan langsung. akan ku siat-siat dada mereka dn keluarkan hatinya. ku cincang lumat-lumat dan beri anjing makan. ku kerat tangan dan kaki mereka lalu kuhadiahkan kepada yang lebih memerlukan. adakah kau sudi menerimanya. usah sesekali menerimanya. tangan dan kaki itu mungkin penuh onar dan dosa.

andai aku bukan aku. ntah apa akan jadi pada aku sekarang.

namun getarnya masih terasa

dari jauh kelihatan sepasang kekasih sedang asyik masyuk. bergurau senda bagai dunia depa yang punya. jemari erat dalam genggaman untuk mewujudkan suasana romantis, konon.

mereka dilihat turut berselit-selit cuba memboloskan diri untuk mendapatkan tiket wayang ntah cerita apa, makissa sendiri tak pasti. dalam dewan gelap yang sejuk, pasangan tadi mengambil tempat duduk berpasangan di belakang sekali. beg tangan si perempuan di letakkan di tengah-tengah antara mereka.

tayangan pon bermula....

si perempuan resah gelisah. nak dijadikan cerita, sebelum keluar bersama pasangan lelakinya tadi, si perempuan sedang memulas-mulas perut. mungkin salah makan atau terlebih makan. kini, bagai ada sesuatu yang ingin keluar dari perutnya. si perempuan cuba menahan angin yang ingin keluar. takut-takut bau atau bunyinya membocorkan rahsia segala.

tapi kudrat perempuannya tidak mampu mengalahkan keinginan angin yang semakin menolak-nolak untuk keluar. kebetulan ketika itu kegamatan suasana panggung berupaya menyembunyikan bunyi angin si perempuan. dan.... uuhhhh... lega terpancar di wajah si perempuan. tiba-tiba si lelaki menggenggam jemari si perempuan. si perempuan mula cuak. adakah lelakinya terhidu sesuatu. oh tidak. si lelaki berbisik ke telinga si perempuan.

" sayang, mungkin ada mesej masuk. saya rasa telefon awak bergetar (vibrate)"

glluuupppp, si perempuan menelan liur. rupa-rupanya hanya bau dan bunyi dapat disembunyikan. namun getarnya masih terasa.

Wednesday, April 7, 2010

paksa-seksa

aku semakin tidak mengerti. mengapa manusia semakin kejam? bertindak melulu bagai khinzir kurang upaya penglihatan(bahasa lembut untuk membabi buta). memaksa, mendesak tanpa memikirkan perasaan orang lain. sedap-sedap jer paksa orang itu ini dan tentukan setiap perilaku. bila bermasalah atau bersalah tuding jari pada aku.

kalu nak tahu aku punya perasaan. seperti kau juga. punya perasaan dan keinginan. tak guna kau paksa itu ini, kau tentukan perjalanan hidup aku sedangkan aku tak mampu melakukannya. sedangkan kini aku sakit menanggung kepura-puraan menghadapimu. sesungguhnya aku punya lorong hidup sendiri. tiada siapa berhak menentukan laluan aku.

setelah suku tahun berlalu aku gagal menuruti kemahuanmu. kata hatiku berkeras, tidak berupaya berpaling. aku pasti kau juga sedang mengalami apa yang aku alami.

Tuesday, April 6, 2010

cik ti

asalammualaikum semua pembaca yang sentiasa menunggu tulisan baru dari makissa. baru-baru ni makissa dapat beberapa email dan ada yang makissa sendiri terbaca artikal yang mengkisahkan tentang kencing tikus. kencing tikus amat berbahaya dan boleh meragut nyawa manusia dan haiwan juga.

kucing yang meminum air melalui tadahan hujan, di lopak2 air yang telah bercampur dengan air liur dan air kencing tikus mungkin dijangkiti. oleh yang demikian basuhlah tangan selepas menyentuh binatang peliharaan yang manja itu (kucing). selain itu, biasakan menggunakan sarung tangan ketika berkebun. ini kerana kita tidak tahu kemungkinan besar dedaun dan rumput-rumpai telah terkena air kencing tikus.

bagi sesiapa yang gemarkan minuman ringan samada minuman dalam kotak atau dalam tin, diharap membasuh terlebih dahulu tin dan kotak minuman sebelum membukanya. biasakan menggunakan penyedut minuman semasa minum. begitu juga dengan makanan dalam tin seperti sardin, susu dan yang sespesis dengannya. cuci tin sebelum dibuka. ini kerana kita tidak tahu bahawa barang2 tersebut mungkin telah 'dilawati' oleh cik ti semasa ia didalam kilang, stor kedai ataupon lori.

bagi penggemar air tebu, minta berhenti membeli, meminum dan terus meminatinya kerana cik ti gemar berfoya-foya di ladang-ladang tebu. mesin untuk memesin air tebu juga dikhuatiri tahap kebersihannya. elakkan memakan di kedai-kedai kerana khuatir dengan tahap kebersihan. rajin-rajinlah memasak dan menyediakan hidangan bersama insan tersayang.

menghindari lebih baik dari mengubati.

pesanan ikhlas dari shidakayati.

*tiada kene mengena dengan insan yang lahir pada pada tahun tikus.

urat saraf

dah dua minggu aku rase berat jer kepala aku nie.. pandangan aku pon dah berpinar-pinar. pandang orang nampak setan (macam lah pernah tengok ghupe setan ye tak?) hahaha.

zaman sekolah-sekolah dulu aku memang selalu sakit kepala. nak-nak lagi bile time exam menjelma. paling teruk time seminggu lagi nak SPM. tak pasal-pasal dokter marah mak aku sebab temperature aku cecah 42 degree. kalu mak terlewat beberapa hari, aku dah arwah dah sekarang ni agaknya. rentetan peristiwa itu mak kau gunting rambut aku. dari paras bawah ponggong, rambut aku dipotong sampai paras bahu. ringan rasa kepala. tapi seminggu aku frust rambut aku dah pendek. manenye tak frust. aku jaga elok-elok, syampu selalu. ingat senang nak jaga rambut cam sarang tebuan aku ni?

aku fikir, itulah kal terakhir demam yang teruk. alhamdulillah sekarang aku tak pernah lagi demam sampai seminggu tak bangun. tapi aku sentiasa sakit kepala dan urat-urat saraf aku selalu sakit-sakit. kadang ku rasa bagai maut hampit menjemput. oh tidak! aku masih mahu bernyawa. buat teman emak di dunia ini.

bilamana hilang sedar aku mohon nyawaku dibawa pergi. derita menanggung sakit yang tak berkesudahan.

sesat

jam 12.00 malam, makissa meredah kelam di tengah jalan mencari pondok mewah kediaman ibubapa tercinta. ashi membebel meluah ketidakpuasan hati. segala perkara diungkit dibangkit. makissa tarik nafas dalam-dalam dan berishgtifar berulang-ulang. mungkin keletihan bekerja buat ashi tertekan atau sedikit hilang minat.

tapi akui sebagai manusia, segalanya terbatas. akhirnya pertelingkahan juga yang menjelma. bebelan ashi buat makissa pusing kepala dan melepaskannya pada encik jejaka. keletihan yang melampau telah membina satu perasaan tidak puas hati antara makissa dengan encik jejaka. ashi puas. akhirnya makissa bersuara juga.

pertelingkahan berlanjutan hingga terlepas simpang. perjalanan makissa dan encik jejaka tersasar setengah jam gara-gara makissa yang suka bermurai-muraian (istilah baru untuk mulut murai).

menunggu dalam lima minit, kelibat emak muncul membuka daun pintu rumah. sentiasa senyum terukir di bibir.hilang segala sengketa. masa untuk bermimpi indah di bawah ketiak emak. umur dah boleh dapat anak tiga masih keanak-anak dan ingin selalu bermanja-manja. (tak malu :p )

Monday, April 5, 2010

adik mula menconteng

assalammualaikum..
menemui kekanda tercinta dan sentiasa dikenang rindu. tujuan lembaran ini dicoret hanya sekadar mengkhabarkan pada kekanda betapa adinda kecewa dengan sikap kekanda yang semakin jauh tergelincir dari laluan kita dahulu. bagai panahan beracun, adinda kini diserang kegeringan tanpa penawar.

kanda, suatu masa dahulu, kita sama-sama dirundum kepayahan dan kesukaran. punya bonda yang senantiasa berkorban membina kesenangan dan kebahagian. namun kekeliruan membelenggu hati ini tatkala kanda mula melangkah sendiri, meleraikan genggaman tangan kita sekeluarga. adakah cinta hati kanda punca segala sengketa?

tiada guna kanda mengumpul tenaga menghimpun harta dunia sedang langkah kosong tanpa berkat restu bonda kekasih dunia akhirat tercinta. dalam penghujung segalanya, mohon tiada penyesalan pada kanda. tiada guna menangisi nasi yang menjadi bubur andai tiada perkiraan semasa awalnya.

sekian.

wassalam