Thursday, October 21, 2010

sebab-sebab aku tak kahwin lagi

sebab apa aku tak kahwin lagi? setelah diundi secara peribadi, ditapis dan dipilih dengan telus, aku mendapat beberapa keputusan. disebabkan aku suka nombor 9, makanya keputusan yang dipilih hanya ada 9 jawapan.

1- sebab aku pemalas. so, memang aku serender bab kahwin. nanti aku tak boleh nak malas-malas.

2- tak suka bangun pagi. nak buat breakfast suami lah.

3- bila hari raya, kena balik rumah mentua. aku nak raya dengan mak ayah aku.

4- risau tak boleh nak jadi isteri yang soleh dan patuh. berdosa nanti tau

5- takut tercurang

6- aku takut dapat mak mentua macam mak aku (mak aku garang dengan menantu-menantu perempuan dia. balik raya pun dia boleh buka khutbah. oh!no...

7- aku takut dapat suami macam ayah aku. terlalu sayangkan aku sampai semua benda dia kontrol

8- aku tak tunang lagi

dan..... yang menjuarai carta 'sebab kenapa aku tak kahwin lagi ialah.....
jeng...jeng...jeng...ajeng....

9- mak aku suruh study ;p

aku punya pendapat

ni kisah semalam. aku yang kebosanan lantas melayari laman sosial bukumuka (facebook). adalah sorang kaum adam ni dah memuatnaik satu rakaman bergerak berkisar tentang seorang suami yang ditembak mati oleh isterinya bila terkantoi sedang berasmara dengan kekasih gelap. biasalah kan, bila dah muatnaik, mesti ada yang bagi komen yakni pandangan dan pendapat. ada juga yang sekadar "suka" dengan rakaman tersebut.

aku cuma terasa dengan satu tampalan pada komen tu. hamba allah tu mempertikaikan tindakan si isteri menembak mati si suami yang curang. komennya, kenapa tiada rakaman bergerak tentang isteri yang curang? bagaimana pula nak bagi kesedaran atau pengajaran kepada kaum isteri yang curang? serius aku bengang dengan komen dia ni. bukan sebab aku perempuan. tapi sebab aku ni manusia

ni pendapat aku tau. tak ada sesiapa boleh cakap pendapat ni salah atau betul....

bagi aku, tak kira perempuan ke lelaki semua sama. maksud aku sama sebab dua-dua manusia. kalau ada perempaun yang jahat, mesti ada lelaki yang jahat juga kan? sama jer. tapi satu yang aku tak puas hati, perempuan yang menjadi pelayan kelab malam. kenapa? sebab bila perempuan buat jahat apa komen orang luar? tak padan dengan perempuan. apa gelaran untuk pelayan kelab malam? kelawar, kupu-kupu malam, perempuan murah, perempuan jalanan paling hebat 'pelacur'. dan isteri memang takut sangat bila wujud pelacur ni dalam kenalan si suami.

pernah terfikir tak, wujud juga lelaki yang menjadi pelayan seks? ada tak cerita mereka hot macam cerita si perempuan-perempuan jalan tu? tak kan? mereka sekadar digelar sebagai gigolo atau anak ayam. kenapa tak gelarkan mereka lelaki murahan?
satu lagi, pernah tak dengar si suami jual dadah sebab nak beli susu untuk anak-anak atau untuk buat pembedahan anak yang sakit? tak kan? tapi kenapa si ibu tunggal sanggup jual tubuh pada lelaki-lelaki hidung belang? pernah dengar si ibu jual anak untuk bayar hutang? pernah dengar ibu kaki botol pukul suami dan bawa lelaki lain balik rumah depan mata suami? pernah pakwe isteri pukul suami? tapi selalu dengar makwe suami pukul isteri kan?

si perempuan, pernah pikir mamcam mana si lelaki nak kumpul duit bila kau letak hantaran tinggi-tinggi? pernah terfikir perasaan si lelaki bila si perempuan membebel tak henti-henti. silap-silap dia doakan si perepuan tu bisu untuk beberapa hari. macam mana pulak perasaan lelaki bila si perempuan ni mencabar kelelakiannya? perempuan yang dah kawen yakni seorang isteri dan ibu tapi masih berjiwa remaja dengan keluar bersama kawan-kawan, makan, maain boling, tengok wayang, bergosip dan paling hebat melancong bersama teman gelapnya. anak-anak? suamai kan ada. dayus tak si suami yang bersabar dengan karenah si isteri? dayus tak bila si suami membiarkan siterinya menayangkan susuk tubuh dan kecantikkan pada umum? balasannya hanya di 'sana'.

ermmmm.... ni pendapat aku. lelaki ke perempuan ke tetap manusia. tak ada beza. tak ada langsung beza. bergantung pada diri sendiri. kita perlukan pasangan dalam hidup. sanggup berpasangan dengan kaum sejenis?

oh anak oh pontianak

salam satu malaysia... eheh

macam bese. benda pertama yang aku buat lepas punch card, adalah buka pc pehtu tengok akhbar online. first, metro, pehtu kosmo dan last sekali berita harian. jarang aku nengok utusan, NSTP, apatah lagi nyiang-nyiang siang pow (chinese news paper).

tapi ari ni aku jadi taufan balik. baru jer reda angin timur tengah aku semalam. ari ni ribut balik dah bila baca kisah "sembilan jahanam, hantar ibu kuat makan ke rumah orang tua" (metro), "curi emas ibu demi kekasih" (kosmo) dan "jual bahulu pelihara 9 anak" (berita harian)

WTH lah semua anak-anak kat dalam dunia ni. tengoklah si ibu, sanggup jual bahulu nak bagi makan kat anak. itupun kalau sempat jual. silap-silap, anak-anak dah balun 10 biji bahulu setiap sorang. tak ada plak mak nak hantar anak pergi umah kebajikan. itu belum lagi duit belanja sekolah, beli buku, baju, makan minum sakit. eloknya bila sakit tak payah bagi ubat. bia jer dia mati kering. huh kejam kan aku?

bukan apa, bila dah besar nanti macam cerita kat metro ngan kosmo tu lah. buang mak ayah, curi barang kemas, rembat kwsp n pencen orang tua tu, sembelih orang tua sebab nak harta pusaka atau duit juta-juta. tak ke gila dapat anak macam tu? kecewa orang tua bila anak yang comel-comel, jaga elok-elok macam puteri raja. buat dajal. bukan anak dah tu. pontianak dah gamaknya.

patut pun mak ada cakap. elok juga orang buang bayi tu. kalau jaga sampai besar pun belum tentu jadi budak baik. silap-silap mak ayah yang dorang buang plak. tulah kan, naluri seorang ibu.punya kecewanya dengan sikap anak-anak yang tak kenang jasa.

pakwe kat balai sanggup dijamin dengan duit mak yang dicuri. mak yang melahirkan tu berapa kali kau cium? pernah kau peluk mak ayah macam kau peluk pakwe atau kawan-kawan kau? pernah cakap rindu dan sayang kat mak ayah? rasa-rasa sanggup tak kau duduk sebelah mak atau ayah yang tengah tidur, kucup dahi dia, cium tapak kaki dia, minta ampun maaf, minta halal susu yang mengalir dalam badan kau, darah yang tumpah masa lahirkan kau. sanggup tak? mesti nak pikir 100 kali kan? kalau pakwe? tak payah cakap lah, 100 kali pon kau sanggup yer tak?

kes buang bayi termaktub dalam aktakanun keseksaan, dan sekarang boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. macam mana pulak dengan yang buang mak ayah? tak ada kene sabit-sabit ke? bagilah sabit sekali, biar dirasakannya.

tampalan ini untuk semua anak-anak dalam dunia, termasuk aku!

Tuesday, October 19, 2010

sari pagi

sang mentari enggan tersenyum. bersembunyi dibalik awan. perlahan-lahan tunduk hilang dilindungi gunung-gunung. malam menjelma. langit cerah dihiasi bintang-bintang yang bertaburan. bulan separa menyinar, menumpahkan cahaya ke bumi kelam. kuntum-kuntum seri pagi memekar. bagai diberi tenaga baru. bagai gadis sunti bergurau tawa dengan senyum manis terukir. seri pagi makin berseri.menari-nari mengiringi bayu malam. sang embun mendinginkan kehangatan kuntum-kuntum seri pagi.

seri pagi senyum lagi. menari dan terus menari. sang pungguk tidak pernah penat sejak hikayatnya. merayu dan merayu sang bulan turun ke sisinya. malam terus melewati masa. dengkuran, rengekan bagai satu irama pada tika itu. indahnya malam, satu kebahagian buat seri pagi. embun terus menitis. selimut lantas ditarik.

damainya. namun anak-anak muda masih ada di luar sana. tiada petanda mahu berundur pulang. malah lebih lincah dan terus berseronok menikmati usia remaja. remaja hanya sekali. usia bagai ais krim, nikmati sebelum ia cair. benarkah itu?

kokokkan ayam menghentikan lenggok lentuk seri pagi. azan berkumandang merdu. berselang seli kicauan serindit, dan bebelan murai di tanah lembab. dinihari sudah. perlahan-lahan embun berhenti menitis. bumi kembali dihangatkan mentari. seri pagi menyepi. setia menanti malam hadir kembali, malam pasti tidak mungkir janji. memberi ruang embun menjamah kuntuman seri pagi.

dasar anak durhaka

ampunkan aku....

dah dua hari aku tak telefon mak. patut pun jiwa kacau. gundah gulana, haru biru. sumpah mak, adik rindu. tapi mak tu yang sibuk selalu. mak cakap nak telepon balik. adik tunggu, punya tunggu punya tunggu. mak tak telepon pon. peh tu mak cakap kredit tak de. mane plak pegi nye? adik dah share topup dengan mak dah. macam mana kredit mak boleh habes tapi mak tak telepon adik pon? yang pasti baru-baru ni anak lelaki mak ada balik.. adik faham dah...

sejak raya hari tu payah betul nak contact mak. maklumlah mak jaga cucu. 2 orang plak tu. bertuah cucu-cucu mak kan. ade mak dan atok cam makayah. susah betul adik nak bercakap dengan mak masa tu. kang adik hantar mesej, mak bukan tahu cam ne nak nengok.

dulu adik jarang-jarang telepon mak sebab tak tahu nak topup kat mana bile kredit habis. sekrang sejak gune postpaid, tak dah.. hari-hari adik telepon mak. selagi mak sanggup dengar adik mengadu, setiap jam adik telepon. rindulah kat emak. masak apa agak ea mak ari ni?

ampun tuanku

sebabkan satu hal, habis semua makissa ungkit. sampai ke langit tujuh dikorek-korek segala hal. maaflah yer. makissa sakit otak ari ni. jiwa pon ada sikit emo. giler tensyen lah lebih kurang.

hmmm, petang ni kena pergi istana. mengadap tuanku. kenapa makissa kena g sana? makissa kan sihat, normal, so senanglah ke sana ke mari. makissa tak kerja, duduk rumah jer tak kahwin lagi plak tu, tak ada alasan sibuk hal rumahtangga. makissa terbang jer ke sana, tak payah bayar tol, tak ada jam, tak kena isi minyak. tuanku tak tahu, makissa ni harimau di cucuk hidung. belum mengaum lagi.

sembah patik tuanku patik lastik. muahahahah...kahkahkahkah.kihkihkih

reaksi

agak-agak... lepas 3 (aku ker?, diam, ade sesuatu dibalik sesuatu) entry aku tampal kat sini apa akan jadi kat aku? boleh bagi undian tak? jujur sebagai seorang manusia.

i) aku hilang kawan-kawan?
ii) aku ditinggalkan kekasih
iii) tak de sape2 dah nk minta tlong kat aku
iv) tak de dah orang nak tolong aku
v) semua di atas

ada sesuatu dibalik sesuatu.

sesiapa yang baca entry aku mesti layan jiwa. cakap aku perli belakang-belakang. aku taip entry untuk luah masalah. kalau aku bagi tahu sebenar pon korang anggap aku cuma nak ambil hati. aku kan cakap jer.. hati aku ni baik cam malaikat, betul tak?

tapi hari ni tak. sebelum ada sesiapa tanya, aku nak bagi tahu, entry ni bukan untuk seseorang, tapi untuk SEMUA. tak kira lah kawan, kekasih, abang, adik, kakak, musuh, bekas kekasih, bekas sahabat. kira SEMUA lah. KECUALI mak dan ayah aku. faham!

aku penuh emosi hari ni. harap-harap tak de sapa nak terasa hati. kalau korang terasa hati, aku ni? lebih terasa dan merasa. beruntung sangat sapa yang tak tahu blog aku ni. boleh lah terus buat aku cam keldai, kuda, bank, maid, maxis atau paling tidak pun macam saleswoman. enough, pasni bolehlah jauhkan diri dari aku. anggap aku dah tak perlukan korang. biasalah kan. bila aku luah masalah, aku balik dipersalahkan. aku dah bese dah......

diam

whats up you... gua kat sini. muncul lagi. yo! yo!
semua orang tahu gua anak bongsu. gua memang jiwa penuh taman. sentimental. tapi dorang tak tahu gua hati batu. nampak jer gua senyum. angguk-angguk pastu ikut telunjuk orang. gua bukan tak ada pendirian, tapi gua tak sukalah orang jerkah-jerkah gua. pastu cakap gua tak ada alasan untuk buat semua tu.

gua diam. gua ikut semua. tapi jangan nyesal bila gua jadi gaban. jangankan ben10, proton inspira pon gua akan kunyah-kunyah. ahhh gua memang selalu merepek. sebab tu gua selalu kena pijak. gua tak sampai hati nak lawan. tapi korang tak tahu, belakang korang masak gua seranah. peduli hapa. gua giler penat, siap gadoh2. tak kira kena brainwash dengan mummy daddy gua lagi tu.bila gua tak nak buat. habislah.... tak ada talian hayat dah.

agrhhhh gua giler bosan. tiba-tiba rasa nak nak bunuh semua orang. gua nak mummy daddy gua jer. yang len pegi 'mam' dengan aman. gua tak nak tengok bayang-bayang lu. macam bangkai. huh... itu kira ayat berani mati r....
tapi gua kan pelakon. pe barang nak hangin-hangin. hilang seri wajah. rileks gurls..

muahahaha macam orang giler dah gua. menangis, gelak, marah pehtu tido... bangun tido, gua senyum, gelak2, marah dan nangis lagi.. satu jer.... GUA MANUSIA GAK BEB!. peace no war.

aku ker?

bila difikir-fikir balik baru aku sedar, betapa nikmatnya hidup jika....

menikmatinya atas usaha dan kerja keras dari orang lain. tak payah fikir nak keluarkan tenaga, masa dan wang ringgit. just goyang kaki, tunggu orang bagi hasil. bila orang tu taknak tolong, anggap jer dia sebagai musuh. fikirkan yang dia tu penting kan diri sendiri, tak mahu tolong kawan paling tidak pun ungkit balik apa yang aku dah buat untuk dia. senang jer. mesti dia rasa bersalah. lepas tu dia akan tolong dan tunaikan apa yang aku minta. tak kisahlah dia terpaksa pon. janji masalah aku selesai.

dia sempurna, dia ada seseorang di sisi, dia punya segala kemudahan mana mungkin dia boleh mengelak untuk tolong aku. batul tak? kalau dia cuba mengelak, aku pasti dia sengaja mencipta alasan. bukan aku tak tahu perjalanan hidup dia. aktiviti harian dia pun aku tahu. tak payah ade hati nak 'kencing' kan aku.

aku peduli hapa? duit minyak ke? kesihatan dia ke? hal peribadi dia ke? hal keluarga dia ke? dia makan ke tidak? duit poket dia ke? hubungan dia goyah sebab aku ke? aku langsung tak ambil tahu. yang pasti aku akan terus mendedami dia jika dia menolak setiap permintaan aku.

tapi aku memang benci orang aniaya dia. cuba pijak-pijak dia. aku tahu dia tersiksa. kesian dia. dalam tak sedar sebenarnya aku lagi kejam dari orang tu. takpe lah. aku terpaksa. bukan aniaya pun. dia tak pernah merungut pun. seronok ade dia. semua perkara selesai. dia tak pernah merungut. senyum jer. harap-harap dia terus macam tu. bia senang semua kerja-kerja aku.

Monday, October 18, 2010

SETELAH 4 PURNAMA (cerita tentang dia)

memang ini merupakan peristiwa pertama kali dalam hidupku. namun aku berdoa agar ia tidak berulang untuk yang kesekian kalinya. meskipun tempat ini bukan asing lagi bagiku, tapi aku agak janggal setelah beberapa purnama meninggalkannya demi sesuatu yang tidak diduga. walau tiada langkah yang disusun sejak empat tahun yang lalu, bukan bermakna aku boleh mencipta alasan untuk bermalas-malas dan hanya menagih simpati orang. bahkan bilangan adik-adik yang bersekolah masih ramai. kuasa DIA, setelah dipinjamkan hampir 22 tahun, aku redha DIA mengambilnya semula. dengan bantuan alat sokongan, aku terus ke depan memikul tanggungjawab demi, belia dan negara.

hampir tersesat dek timbunan fail-fail yang sama tinggi denganku, tiba-tiba terasa kekok. degup kencang di dada, malah darah mengalir laju, terasa muka panas, merah menahan malu. mata-mata yang memandang melempar senyum, berjabat tangan mahram yang ada, mengucap salam pada semua.seperti memelihara labah-labah, ruang kerjaku berhias sawang dan habuk-habuk. ditambah kepingan-kepingan tugas yang tertangguh, dan kiriman cenderahati dari kawan-kawan lama. owhhh.. begitu lama aku tidak ke sini rupa-rupanya (berkata-kataku dalam hati)

mengikut jadual kerja, tiba waktu menikmati hidangan tengahari seperti lazimnya sama ada hidangan di cafe (makan), di surau (tidur/solat), atau di sekadar di meja kerja (tidur/berFB/berBLOG). kebiasaan tika ini aku masih megerekot memeluk bantal, paling tidak pun aku baru bangun mandi dan sarapan pagi. huh.. dasyat....

aku seronok, tapi masih janggal setelah sekian lama berehat-rehat hingga lupa diri. yang pasti, aku perlu beringat-ingat untuk menjaga kesihatan, mengawal pemakanan, membataskan pergerakan demi untuk kesejahteraan hidup di masa akan datang. benar kata orang MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI. YA!

perasan kekadang

sehingga dewasa kini, adik tidak pernah mendengar luahan emak mengenai perihal adik. seronok ke punya anak seperti adik? benci ke? kecewa ke?.. tapi tidak pernah sesekali emak bercerita tentang itu. kadang, adik sengaja melengah-lengahkan bangun pagi, mencuri dengar perbualan emak dengan ayah atau dengan adik kesayangan emak. namun hampa. kisah antara emak dengan adik bagai disimpan dalam fail sulit tidak boleh dilupus akan disimpan di arkib hatinya.

hari ini adik terpanggil untuk membaca beberapa tampalan dari ibu bapa si anak sepastik. anak-anak seperti adik juga. bezanya, mereka tidak mampu mengurus diri seperti adik. mereka kekejangan dan sentiasa terbaring. perlu pengawasan setiap masa. hurmmm... kisah mereka betul-betul menyentuh hulu hatiku yang sememangnya sebak tentang kisah-kisah seperti itu.


kebanyakan tampalan megharapkan keajaiban, si anak mampu mengurus diri sekurang-kurangnya. mahu melihat anak-anak senyum, terkekek-kekek ketawa, lincah berlari, dan bersera makan. mengimpikan si anak memanggil nama ibu, mama, ummi, abi, ayah, @ papa. ke sekolah, mengejar cita-cita dan bekerja mengurus kerjaya pasti cukup membanggakan orang tua.

tiada satu tampalan yang ku jengah meluah rasa keluh kesah menjaga si anak. tiada ibu yang merungut tak cukup tidur melayan karenah si manja istimewanya. melainkan, harapan doa dan impian melihat anak terus bernyawa dan semakin baik dari semasa ke semasa. tiada ibu yang mengizinkan si anak dijemput illahi.

hanya kesabaran yang bergunung-gungung, kekuatan yang berbakul-bakul, kesungguhan seluas lautan dan doa yang berpita-pita diperlukan. DIA MAHA KAYA, MAHA MENGETAHUI, MAHA BIJAKSANA.

sesuatu yang masih berbekas dalam ingatan adik. 5 tahun kebelakang. sememangnya sepurnama sebelum itu adik mewakilkan emak ayah mengambil sumbangan untuk OKU di sekitar kampung. sumbangan berupa kain pelikat, beras dan sedikit makanan ringan. hari itu emak menghubungi adik menggunakan talian TELEKOM (sekarang dah tukar ke TM).

emak bertanya khabar dan perancangan untuk pulang ke kampung. namun aktiviti harian yang penuh kerana adik baru sahaja berdaftar masuk ke asrama terpaksa membatalkan semua perancangan ke kampung. tiba-tiba emak senyap.

adik : kenapa mak diam?

emak : maso omak ambik sumbangan OKU dongan ayah kau aghi tu, ado bogheh (beras) skali. kalau simpan lelamo kang, dimakan dek bubuk tak pon kumbang bersarang.

adik : abih tu, mak masak lah. makan dongan ayah. yang poie simpan sapo soghoh?

emak : takpo ko omak masak? ayah kau maghah kang. itu kan ahmad albab yang punyo, eh, kau yang punyo.

adik : laaa hai. bogheh yo pon. mak makan lah, dah jimat. tak payah boli. kalau baghi kek adik pon camno adik nak masak kek asrama ni?

emak : tak do lah. itu kan sumbangan untuk kau. bodoso kalau orang lain yang makan. sodangkan sisir rambut anak yatim bosar pahalo, nikan pulak, rambut ea gugur. tak ko bosar doso ea?

adik : itu anak yatim. adik anak Kadir. tau dek ayah mak tukar2 namo ayah, mau di paghang (parang) dek ayah kang.

emak : ayoooo botuah boto lah. omak cakap boto ni. mak tak nak bodoso.

adik : mak ayah yang lahirkan adik. makan yolah. tak do salah ey do. kain pelikat tu, bg kek ayah. tak payah pikir2 lah.

emak : kau halalkan kan yo? omak minta maaf banyak2. omak terpakso. kang simpan lamo2 bogheh tu, langsung tak buleh makan.

adik : makan yolah... jangan beghobot (berebut) dengan ayah sudah. tu laie bodoso.

*************************

Tuesday, October 12, 2010

berita hangat. tenggelam

gara-gara kemalangan yang meragut 12 nyawa melibat enam kenderaan, berita pembunuhan dato' sosilawati tenggelam sekejap. berita kemalangan tersebut lebih hangat daripada biasa.

********

pagi yang gelap, kini sudah cerah.. eheh.. makissa bersama kekasih hati memulakan langkah ke rumah terbuka ketua kerani makissa di sekitar bandar wilayah ini juga. makissa pergi awal, kerana menghantar tempahan. oelh kerana tiba lebih awal dari tetamu jemputan yang lain, makissa ambil keputusan untuk pulang awal juga. meneruskan perjalan ke rembau melawat anak sepupu yang baru melahirkan puteri shomel.

perjalanan yang tidak dirancang. wira adh9931 milik kekasih hati meluncur laju melepasi plaza tol pedas / linggi. walaupun agak kekok kerana biasanya kami melalui plaza tol simpang ampat, tapi kami tetap meneruskan perjalan hingga tersesat hampir satu jam. tidak sampai setengah jam diperkarangan rumah sepupu makissa, emak ayah mengajak segera ke melaka. tapi kami terus menerus sesat hampir 2 jam lebih.

kira-kira jam 9 malam selepas melantak kenyang-kenyang, kami meneruskan perjalan ke rumah masih-masing. wira age3364 menghala ke negeri sembilan, dan kami kembali ke bandar wilayah. alhamdulillah syukur, kami terlepas dari kesesakan kemalangan kerana hati berasa berat untuk melepasi plaza tol simpang ampat. namun plaza tol pedas / linggi berlaku kesesakan di pintu keluar lebih 3 kilometer. manakala di bahagian pintu masuk terpaksa mendapatkan tiket secara manual kerana semua kaunter tol ditutup untuk mengelakkan kesesakan terus berlaku di tempat kejadian kemalangan.

jam 10, makissa sampai ke rumah. letih, tidur.

Wednesday, October 6, 2010

easy come, easy go

4 bulan terakhir ni perbelanjaan mengalir bagai air terjun. tiada road block mahupun kesesakan lalulintas. lancar, berkesan dan penuh yakin. yehaaaa..

poket kegersangan, namun hati puas. segala titik peluh berhasil tanpa meyusahkan orang lain. berkat usaha dan kesabaran, tiada siapa boleh mengungkit. segalanya memuaskan hati. biar lambat asal selamat. alah membeli menang memakai. janji tiada siapa boleh mengata "sudah lupa diri", "tak kenang budi", "biar papa, asal bergaya", "menindas kerana mahu menyohor"...

alhamdulillah.. segalanya berjalan lancar. andai ada mulut-mulut yang bersuara. tidak segan silu lagi untuk menyiat-nyiatnya buat hidangan piranha.

kue tepung pelita, tako, kue sampan

aidilfitri lepas ashi berpeluang belajar benda baru. menyedari minat dan bakat dalam masakan, ashi menggilapnya agar lebih menyerlah. sekembalinya ke negeri wilayah, ashi mencuba nasib mempraktikkan apa yang dipelajari. alhamdulillah berjaya.

benarkah ketiga-tiga kuih diatas berbeza? pada aku, asalkan kuih itu di buat dalam daun pandan, ia adalah tepung pelita. sedap dan menjadi kegemaran aku sejak melangkah di perantauan. (cam lagu raya)

abaikan... janji tidak perlu membelinya lagi. buat sendiri lagi sedap.

untuk tempahan sila hubungi ashi... hahahahahah... sempat promote.

bukan mimpi

tiba-tiba badan terasa berat, gelap dan lemas. ashi cuba bangkit. gagal. nafas sesak bagai maut datang menjemput. setahu ashi dia baru saja meletakkan kepala. mana mungkin dia sudah bermimpi atau mengingau. dalam kesamaran ashi dapat lihat wajah itu. menyeringai menayangkan siung tajam sambil lidah terjelir melepasi dagu.. dalam sedar surah kursi tunggang terbalik jadinya. ashi semakin ketakutan. berulang kali ayat kursi dibaca, namun kekal tunggang terbalik.... badan ashi terasa ringan. angin kipas terasa sejuk di muka. ya! ashi sedar, dia tidak bermimpi. badan nya lenguh-lenguh seperti baru lepas bertarung. ashi cuba mengingati apa yang berlaku. wajah hodoh itu menyeringai lagi. cepat-cepat ashi berisyhtifar, membaca surah-surah lazim yg dihafalnya.gagal lagi! mustahil. ashi tidak pernah alpa membaca surah-surah lazim tatkala keluar @ masuk rumah dan ketika mahu tidur. kenapa begini?

ashi menggigil. dicapai telefon, dan lantas menghubungi teman hati. minta dipimpin bacaan kursinya. tatkala ashi bersuara, terasa kamar terang dan bercahaya. surahtul kursi dibacanya dengan mudah. ashi meraung, menggigil bagai orang dirasuk. dalam keadaan sendirian, kepada siapa harus ashi mengadu. emak menjadi sasaran untuk meluah dan meredakan keadaan.

sambil merangkak, ashi cuba menyalakan lampu kamarnya. jam menunjukkan jam 10.30 malam. mustahil!. berbekalkan kitab-kitab suci, ashi lena-lena ayam dalam ketakutan.