Monday, June 29, 2009

Aku dah tak sendirian

Aku teringat sesuatu. Aku pernah memohon doa. Doa semoga aku dikelilingi, dirai dan sayangi. Aku sedar, DIA maha memahami. Dan kini aku memiliki. Aku dikelilingi. Dikelilingi oleh mereka. Mereka yang tak pernah namanya tercalit di ruang kotak hidupku apatah lagi dibenak fikiranku.

....................................

Aku dah tak sendirian

....................................

Mereka datang membawa 1001 cerita. Memainkan peranan sebagai pelakon yang membawa watak masing-masing. Aku? Aku juga salah seorang pelakon antara mereka. Tapi kadangkala aku jadi pengarahnya. Ragam, tingkah dan laku aku telan dan lalui.

....................................

Aku dah tak sendirian

...................................

Aku umpama persinggahan ke gerbang kejayaan dan kesenangan.

Aku bagai jejantas. Jalan pintas yang lebih selamat dan mudah.

Aku bagai jambatan. Mengelakkan bencana, selesa malah membuka ruang untuk menikmati perjalanan dengan lebih kenikmatan dan kepuasan.

...................................

Aku dah tak sendirian

.......................................

Aku ditemani. Aku tempat persinggahan kini.

Sampai bila?

Sampai aku mati..............................................

Friday, June 26, 2009

perenggan 2

Langkah yang ku hayun mulai longlai. Hampir saja aku terjelepuk ke tanah yanh yang berbumbungkan lengit kelam. Hujan lebat melenjunkan sepasang kurung berbunga ungu. Di mana mentari? Di kala hujan begini, pasti mentari bersembunyi. Mungkin jua turut meratapi keperitanku. Aku memandang sekeliling. Persekitaranku kosong. Kenderaan yang lalu-lalang agak deras. Tak terfikirkah mereka tentang bahaya? Bukankah jalan raya licin kala ini? Sengaja mengundang maut. Kini nyawa tak berharga lagi.... Aku sedari, aku sendiri. Ya. Aku sendiri. Ke mana yang lain-lain? Mana mak dan ayah? Dimana kawan-kawan? Kenapa kau dibiar sendirian? Aku tidak mahu sendirian begini. Aku perlukan mereka. Emak, ayah, saudara kandung, kawan-kawan dan semua orang. Aku tidak betah sendirian begini. Aku benar-benar tewas. Aku lemah untuk melalui semua ini sendirian. Aku perlukan mereka. Mereka perlu bersama-samaku. Menemaniku. Meraka perlu sentia meraikanku. Memberi perhatian kepadaku. Membahagiakan dan menggembirakanku. Ya tuhan... aku perlukan mereka. Apa hikmah di sebalik semua ini tuhan?

Thursday, June 25, 2009

PERENGGAN 1

Kesedihan, keperitan dan keseorangan membawa aku ke sini. Kesedihan, keperitan dan keseorangan itu jugalah yang memberi semangat aku untuk berusaha membina kejayaan dan kebahagiaan. Ahh!! Mana mungkin ia mampu berubah. Kesedihan tetap sedih. Keperitan tetap perit. Keseorangan tetap seorang. Hanya keajaiban yang mampu mengubahnya. Tapi apakan daya aku? Aku terdesak untuk mengubahnya. Aku perlu untuk mengubahnya. Ia adalah untuk aku. Walaupun bukan untuk masa terdekat ini. Aku perlu bersabar. Aku mesti meningkatkan tahap kesabaran ku. Kesedihan pasti menggembirakan. Keperitan pasti menyenangkan. Keseorangan pasti ditemani. Soalnya.. Bila? Siapa? Dimana? Bagaimana? Bila semua itu akan berubah? Siapa yang akan bersamaku merubahnya? Dimana ia akan berubah? Bagaimana ia berubah? Aku letih. Aku berputus asa. ‘sabar itu separuh daripada iman’ mulut memang lancar berbicara. Tapi yang menanggungnya adalah aku. Hurmmmm.............. Iya. Aku yang mamikulnya.

Perasaan kekadang


Aku seronok tidak terhingga. Aku melangkah perlahan namun penuh dengan semangat yang membuak-buak di dalam hati tatkala melangkah masuk ke bangunan gergasi yang tersergam megah dan mewah. Mengadap jalan raya yang penuh sesak dengan kenderaan bermotor canggih kreativiti manusia berpendidikan tinggi. Dikelilingi lampu-lampu jalan yang unik disepanjang jalan raya diselang seli dengan lampu trafik untuk mengawal lalulintas secara automatik. Kemodenan prasarana kini memberi peluang kepada aku melangkah lebih jauh mencipta cinta, mengejar kejayaan, mencapai cita-cita dan merealisasikan impian. Aku bagaikan terpegun dengan semua ini. Keindahan yang terbina membuatkan aku mulai lupa kebesaran YANG MAHA KUASA. CiptaanNYA masih aku kagumi. KeranaNya lah aku disini. Kupanjatkan kesyukuran kepada DIA dengan lafaz Alhamdulillah.

Bangunan gergasi ini bagaikan satu keajaipan buat diriku yang kerdil ini. Semua punya impian. Begitu jua aku. Namun impian melayari kehidupan di dalam bangunan gergasi yang mewah, merungkai kehidupan baru untuk mencari rezeki halal, membina sikap kreatif menggunakan peralatan yang cerba canggih dan moden tidak pernah pernah terkecuali menghiasi angan-angan kosong waktu kecilku. Kini, ianya menjadi realiti. Seperti filem drama yang aku tonton di kaca televisyen. Kemewahan, kecanggihan dan kemodenan dunia begitu sempurna dilakonkan dengan pimpinan pengarah filemnya. Kesempurnaan lakonan tidak sesempurna realiti kehidupan. Kuakui kadang kala aku tewas mengharungi watak sebagai pelakon di pentas dunia yang diketuai oleh pengarah filem iaitu yang MAHA KUASA. Bagaimanakah pengumuman aktor dan aktres paling popular diumumkan nanti? Di manakah kedudukanku sebagai salah seorang pelakonNya?

dah berlalu

dah tiga bulan tarikh keramat itu berlalu. memang nyata aku sendirian. ditemani kenangan silam. kenangan yang benar-benar mampu membunuh aku suatu masa dulu. heh.. memang aku dilahirkan bersendirian.

bagai kisah yang kudengar.. kelahiranku di dalam hujan lebat yang diiringi ribut kuat. dikala mentari sedang melepaskan tugasnya kepada sang rembulan.. dugaan-demi dugaan. mak bidan yang yang ditunggu tak kunjung tiba. masalah yang sememangnya sejak dari dalam kandungan menambahkan keperitan dan kesakitan pada wanita awal 30an menanggung kapayahan.

kelahiran diringi dengan azan maghrib. alhamdulillah.

harapanku. tarikh itu akan berubah suatu tahun nanti. insyaallah.

sendiri (seorang diri)


9MAC

Tarikh itu semakin hampir. Tarikh keramat yang selalu ku nanti-nanti. Aku sedikit gentar untuk melaluinya. Aku pasti seorang diri. Setiap tahun kulalui sendiri. Penuh dengan keperitan.adakah tahun ini aku berteman? Tidak sendirian seperti sebelum-sebelumnya? Ahh! Mengarutlah. Aku pasti akan sendirian. Hari ini, aku turut sendirian. Hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukan. Tak tertanggung kesedihan ini. Aku benar-benar pilu, rindu dan......ntah apa lagi yang aku rasakan.

Tarikh keramat itu. Seharusnya aku dirai. Dikelilingi ibuayah, adik-beradik, kawan-kawan mahupun kekasih. Dibanjiri ucapan, kata-kata semangat mahupun sedikit doa. Tapi itu semua mimpi. Mimpi dalam mimpi. Mimpi disiang hari. Mimpi yang tak mungkin terjadi. Mimpi, bukan realiti.

bagai kartun animasi

Uhuk. Uhuk. Uhuk...

Batuk yang tidak diundang datang bertamu saat aku dibebani masalah kerja dan belajar. Cuaca yang tidak menentu menyukarkan untuk aku sembuh. Bukan kesihatan yang kau gusarkan, namun sendirian. Sejak aku menetap di wilayah ini. Saat kaum berbangsa china menyambut tahun baru, aku sendirian. Keseorangan.

Tiada siapa di sisi. Hanya doa dan sokongan yang mengiringi. Pada zahirnya aku sendirian. Meredah kelam, melintasi arus kenderaan bermotor buatan manusia, aku sendirian mencari rezeki. Melaksanakan tanggungjawab.

Nun jauh di sana, kulihat kelibat bangunan gergasi buatan manusia yang tersergam megah di tepi persimpangan simpang empat. Tempat ini. Negeri ini. Daerah ini. Teramat baru dalam kamus hidupku. Tidak pernah aku terfikir akan negeri dan wilayah ini. Aku yang terlalu kerdil hanya mampu berangan-angan untuk memiliki semua ini. hanya keajaiban yang bisa membawaku ke sini. Tapi hari ini, aku di sini.umpama mimpi dalam mimpi. Aku ketawa sendiri. Tersenyum sambil melangkah perlahan menuju ke ambang pintu rezekiku. Bangunan gergasi ini, menjadi pengganti bangunan gergasi di bangi.

Bangi? Suatu masa dulu aku di bangi. Di kelilingi kawan-kawan yang unik dan menakjubkan. Namun mereka menyeronokkan dan saban waktu membahagiakan. Tak mampu untuk aku kenang lagi. Begitu banyak pahit maungku semasa disana. Hingga aku terlupa aku telah jauh dari ibu dan ayah. Aku telah sepurnama berdikari menguruskan diri dan aktiviti harian. Tapi aku jauh untuk masa depan kerana, aku tidak mampu menongkat langit.... masih segar di benak ingatan ku saat melangkah ke perut kereta alang, abang kandungku. Pertama kali ayah mengalirkan air mata untuk aku. Tidak pernah seumur 19 tahun hidupku, ayah bersedih apatah lagi menangis untuk aku. Pondok usang yang menyimpan 1001 kenangan sepanjang 19 tahun aku menghuninya, kini terpaksa aku tinggalkan. Aku berhijrah ke suatu bandar. Bandar yang mempunyai satu kawasan pelik dan sangat asing bagi diriku.

Bagai dikelilingi kartun animasi dan alien dari angkasa lepas. Aku juga merupakan salah seorang diantara mereka. Hehehehe

Tapi, itu semua dahulu. Story-mory dulu-dulu. Kini hampir sepurnama aku tinggalkan keunikan itu. Dunia animasi dan kartun itu telah ku tinggalkan. Aku kembali ke dunia pentas sandiwara bagai carekarama di TV3. Jalan cerita, watak, lokasi dicipta sesempurna yang boleh. Tidak siapa percaya aku terselit diantara mereka.......... namun aku mampu lakukan. Dan kini aku telah pun buktikan.

titisan bagai mutiara

Titisan manik-manik halus semakin rakus membasahi jendela bangunan raksasa ini. Suasana kelam dan gelap di luar menambahkan kegusaran di sanubari. Aku berkira-kira, bagaimana untuk aku melepasi hujan dan mengharungi dentuman guruh yang bisa menggugurkan jantung. Namun aku perlu pulang. Keletihan di hari isnin ini tidak mampu kuungkapkan dengan kata-kata. Hanya DIA yang maha mengetahui, memahami dan membantu.

Namun aku pasti setiap ujian dan dugaan yang kulalui pasti ade jalan untuk melepasinya. Dengan mengharungi dugaan-dugaan tersebut bisa meningkatkan kematangan diri dan pemikiran. Insyaallah itulah yang aku harapkan sebagai hamba hina di dunia sementara ini.

Dari bilik yang dilengkapi perabut-perabut pejabat, aku mula menggigil kesejukkan. Sesekali aku mengerling ke arah luar jendela. Ternyata manik-manik halus itu masih belum puas melembabkan bumi hijau Allah. Syukur maha suci Allah. Rezeki yang diturunkan tak terhingga nilainya.

Aku mengerling ke jendela lagi. Mungkin saat-saat akhir titisan manik-manik ini sudah tiba. Harap-harap begitulah. Seperti ada sinar yang menerangi kegelapan tadi. Alhamdulillah, Syukur ku panjatkan.

Wednesday, June 24, 2009

Si Gadis milik Makissa

Laju saja tangan makissa melipat kain baju yang baru diambil dari ampaian. Dihadapannya, duduk si gadis comel asyik merenung pergerakan makissa. Sejak kehadiran mereka ke sini buat kali kedua, hubungan mereka semakin akrab walau ada sedikit jurang dan was-was antara satu sama lain.

‘Makissa, aku cemburu dengan kau. Aku mahu seperti kau. Cantik, ramai kawan dan disenangi. Ajarlah aku, macam mana nak jadi sepertimu’ . jujur si gadis comel. Makissa lantas mengangkat muka. Terkejut dengan kata-kata si gadis.

Si gadis memang comel. Pipi mulus, alis mata lentik, alis kening tersusun bagai dibentuk. Sikap keanak-anakannya menghiburkan makissa. Kini makissa rindu pada si gadis. Disebalik kerinduan, makissa kerisauan. Si gadis bisa menerima kejutan budaya. Impiannya menjadi seperti makissa bagai satu cita-cita dalam dirinya. Si gadis kini makin jauh. Jauh dari semua orang. Si gadis bebas mahu lakukan apa sahaja. Si gadis dapat apa yang diimpikan. Si gadis makin seronok dengan dunianya kini. Tiada siapa yang menghalang si gadis kini.

Si gadis pantang ditegur. Dianggapnya teguran bagai kebencian. Mungkin cemburu yang disangkakan. Makissa biarkan si gadis dengan dunia barunya. Kerana itulah yang si gadis cari-cari selama ini. Makissa bukan tak sayang si gadis. Tapi makissa takkan ganggu kebahagian si gadis. Makissa hanya akan membantu bila si gadis memerlukan. Mungkin kini si gadis tidak mahu diganggu. Si gadis sedang bahagia. Si gadis sedang leka. Biarlah. . baik buruk, dia tetap si gadis milik makissa.

Monday, June 22, 2009

pembaharuan untuk perubahan demi kebaikan

Tanggal 2009. Kukira tahun 2009 bakal merubah segalanya tentang makissa. Pemikiran, tanggungjawab, pemakaian, dan yang sespesis dengannya. Lewat tahun 2008 makissa melangkah dengan penuh kegusaran mencuba naseb untuk bergelar penjawat awam. Berbekalkan keping2 kertas yang dinamakan sijil. Makissa mempamerkan wajah bak rusa masuk kampong tatkala turun dari kenari dipandu uncle kesayangan. Lepas dua bulan menunggu dan berangan. Akhirnya rezeki menyebelah makissa. Alhamdulillah.

Tak lena tidur. Makissa tak sabar untuk hari esok. Tapi makissa takut jika hari esok menjelma. Mahu tapi malu lah konon.......... makissa ke Bandar wilayah. Ke satu program yang dinamakan khas. (Makissa sendiri tak pasti sama ada ia program atau majlis). Senang cerita. Makissa pergi lapor diri. Hahahaha..

Makissa malu tapi mau... Dua minggu makissa terperap dalam bilik dipenuhi bahan-bahan ilmiah yang biasa orang sebut-sebut sebagai perpustakaan. Omputehnya library.

Makissa malu tapi terpaksa... makissa masuk opis. Lapor diri ke penempatan. Isi pejabat semua daripada golongan vateran. Mekissa kekok yang amat sangat. Hari pertama dah kene sound itu ini. Alahai kaum majority, makissa budak baru belajar. Kalu salah tolong tunjukkan.

Makissa sedih. Makissa pedih. Makissa sendirian. Makissa malu. Makissa menangis. Makissa putus asa. Makissa kenangkan emak di kampung. Makissa buka mata. Makissa lepaskan lelah. Makissa semangat semula. Makissa ingatkan pada diri. Makissa kenangkan emak jika tersungkur dalam arus kehidupan. Makissa menangis lagi...

Friday, June 19, 2009

berdua dengan mu

Telah lama aku mengimpikanmu. Dah aku set kan bentuk, warna, nama dan aksesori mu nanti. Kau bisa ku bawa ke mana-mana. Aku rasa bahagia. Berdamping megah disisimu tampak mewah bergaya. Mungkin bukan sekarang. Tapi rezeki di tangan tuhan. Siapa sangka esok atau lusa. Bersamamu aku bahagia. Berdua bersama. Bercinta di dunia sementara.

-aku tak de idea, tapi aku nak post sesuatu kat sini :( -

Wednesday, June 17, 2009

hyppo yang hipokrit

Ramainya manusia hipokrit di forum ini. Mengcopy, menciplak. Selepas diedit, mengaku ia hasil pemikiran sendiri. Layak ker dia dipanggil manusia. Kalu aku memang tak hingin aku nak panggil manusia. Cam iblis, keterlaluan sangat laa plak.

Berlagak mahu hidup berdikari, memiliki harta seperti orang lain, hidup mewah di tengah-tengah Bandar wilayah. Sedangkan orang di sekeliling sesak nafas menganggung beban, kehilangan harta benda, terpaksa mengorbankan tenaga, wang dan harta demi menjaga ikatan persabatan dan kasih sayang sesame umat. Ceh! Macam sial jer bunyi nye. Cakap nak hidup berdikari. Tapi kenapa nak menyusahkan orang lain(kawan sendiri)? Kenapa nak memiskinkan orang lain(kawan sendiri)? Kenapa nak berlagak menghuni di tengah-tengah Bandar wilayah ni sedangkan layaknya duduk di kakilima bangi tue jer. Tak per lah. Kesian. Tumpanglah di hujung anjung Bandar wilayah nie. Asalkan alamat tetap tertera nama agung Bandar wilayah ni. Dasar hipokrit.tak sedar diri.

Berhujah tentang agama macam baru balik dari bertapa atau baru balik mengaji di sekolah pondok. Tapi, bantal pon nak angkut dari asrama. Siap angkut pinggan mangkuk kawan-kawan sebilik. Alahai jijik nya aku tengok... kalu bercerita tentang kaluarga. Dialah yang kaya, ada bendang puluhan petak jumlahnya, ade lembu kambing 4,5 kandang banyak nya, ade rumah sebesar dewan saiz nya, abang kakak penjawat awam semuanya, pakaian mahal silau mata dibuat nya. Tapi hidup dengan hasil bantuan orang lain. Ooppsssss bukan bantuan, tapi menyusahkan.

Kau akan tahu betapa manusia-manusia lain sedang menyumpah seranah perbuatan kau selama ini. Mungkin bukan setakat manusia, malah binatang dan alam juga turut sama. Setiap perilakumu cukup buat aku dan yang lain-lain terseksa. Terseksa dengan sikap kau. Terseksa memndam perasaan. Aku akan ingat segala kesusahan yang kau longgokkan di sepanjang hidup aku, segala fitnah yang kau tabor sehingga aku kehilangan harga diri dan kebahagian aku dirampas.percayalah kau tak bahagia. Aku bukan menghukum. Tetapi sebagai manusia biasa aku tidak pernah lari dari mendendami manusia hipokrit bodoh seperti kau.

Wednesday, June 10, 2009

SATU PENIPUAN

‘Jangan r rendah diri. Kita ni same jer.. xbek pkir bkn2. Setiap manusia ade kelemahan dan keburukan nya.....'

TIPU! Ko tipu aku.. antara kita tetap ade jurang. Ko xbetah berjalan beiring dengan aku. Ko musykil tindak tanduk aku. Yg pasti kita tetap BERBEZA kn? Aku hanya mampu tersenyum dgn kwn sedunia ku. Kehadiran ku bagai alien. Ditenung, diumpat, dan disoal itu ini.

Mungkin aku terlalu emosi tika ini. Tapi yg pasti aku memang slalu emosi dgn kalian... aku perlukan kalian. Aku ingin bersama2 kalian bergelak ketawa dan berkogsi cerita. Wlau pon pgkt dan taraf kita same, kalian tetap mnilai fizikal... arrhhhh.. aku hanya menghiasi, bukan untuk menjadi penyeri. Ada, tiada tak beri kesan pon.

TERCIPTA UNTUKKU



Menatap indahnya senyuman diwajahmu
Membuat ku terdiam dan terpaku
Mengerti akan hadirnya cinta terindah
Saat kau peluk mesra tubuhku

Banyak kata
Yang tak mampu kuungkapkan
Kepada dirimu

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
Sepanjang hidupku

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu

kau MAJORITY & aku MINORITY

16Mei2009. Aku akan ingat tarikh ni. Selain seluruh dunia menyambut hari guru, aku perlu mengingati tarikh ini di mana aku sedar betapa aku kerdil di dunia ini... Kami empat sekawan pulang ke rumah iaitu kuarters kerajaan di Bandar XXXXXXX selepas bersiar-siar menikmati suasana malam. Namun kepulangan kami ke rumah menimbulkan kemarahan di hati masing2 sambil diselangi caci maki dan sumpah seranah. Tak terluah dengan kata-kata. Namun apa lagi yang mampu kami lakukan? Kami hanya daripada golongan minority yang lemah. Mustahil untuk kami mengemukakan ketidakpuasan ini.

Seperti biasa, kereta yg kami naiki menuju perlahan ke tempat parkir berlabel yang disediakan khas untuk kami. Namun kami kecewa. Semua ruang parkir yang tersedia penuh dgn kenderaan mewah golongan majority. Aku sedih, marah, geram dan rasa tidak puas hati dengan keadaan yang berlaku. Perasaan marah yang membuak-buak menimbulkan dendam antara kami yg berada dalam kereta. Bercadang untuk menghalang kenderaan mewah tersebut dan terus sahaja meletakkan kereta hampir dengan kenderaan tersebut sebagai luahan perasaan marah dan ketidakpuasan hati kami. Namun sikap rendah diri dan tidak sampai hati yang lahir dalam tubuh golongan minority seperti kami mematahkan niat jahat yg dimurkai DIA.

Kami golongan minority terus sahaja mengalah. Mencari tempat parkir lain yang lebih dekat dan mudah untuk kami. Namun hampa. Kami bergerak ke ruang parkir di tingkat bawah. Alhamdulillah, kami menenemui ruang parkir yang dekat untuk kami ke ruang lif. Diantara kami terdapat seseorang yang memerlukan kemudahan oku yang lebih dari kami bertiga. Dia yang berkerusi roda membuakkan kemarahan kami yang telah mulai reda tadi. Tingkat bawah yang tiada kemudahan ram, menyukar kan beliau untuk ke lif. Sedih dengan nasib kami golongan minoriti. Begitu kental jiwa dan perasaan kamu golongan majoriti melihat kami terkial-kial untuk menjalani aktiviti harian. Namun senyum tawa masih terukir di bibir kami saat kami bertiga bersama-sama terkial-kial dengan kudrat yang kurang keupayaan, mengumpul segala tenaga yang ada untuk membantu rakan melepasi tembok yang tinggi. Hurmmm... kami tersenyum walaupun di dalam hati, kami mempelajarinya sebagai dugaan dan asam garam kehidupan kami. Namun kami tegar, kami mungkin lali dengan semua ini.

Hanya senyuman yang mampu kami lontarkan untuk semua golongan majoriti. Terima kasih kepada semua kaum majoriti kerana memberi seribu pembelajaran secara tidak langsung kepada kami. Namun, sebagai golongan yang lebih memerlukan kemudahan yang disediakan. Aku sebagai salah sorang kaum minoriti memohon kerjasama kamu dari golongan majoriti untuk memberi ruang kepada kami menggunakan kemudahan yang sedia ada. Tidak cukup kah apa yang kamu semua miliki? Kenapa masih sanggup merampas hak dan ruang kami. Kami hanya menumpang di satu sudut sempit bagi memudahkan aktiviti dan pergerakan kami. Kami hanya meminta sedikit kerjasama daripada kamu wahai golongan majoriti. Bukan wang, simpati atau belas kasihan yang kami harap kan. Kami hanya perlu kan kerjasama agar kami tidak menyusah kan kamu dan mampu berdikari untuk masa dpen kami jua.