ingat, tisyu...
tisyu...tisyu...tisyu...
beberapa langkah kemudian,
ingat tau, tisyu...tisyu
tetapi bila tiba masanya
bla bla bla bla....hahahahaa
bla bla bla... kahkahkah
terus lupa tentang tisyu.
Friday, May 21, 2010
Thursday, May 20, 2010
berubah fikiran
dari pagi lagi aku memang dah plan takmo tambah entry untuk hari ini hingga habis bulan lima. tapi tetiba berlaku satu insident yang buat aku mula berfikir betapa pentingnya berfikir. aku juga mula memahami maksud pepatah kaum vateran, malu bertanya sesat jalan.
jalam 15.15 pm aku mendengar satu perbualan telefon di antara staff unit aku dengan klien yang bergelar guru.
pihak kita menerima tunai daripada pasangan guru tanpa sebarang notis, makluman atau dokumen. mengikut prosedur bila berurusan dengan egensi kerajaan berkenaan bayaran, seseorang itu perlu menggunakan over draf, cek, dan wang pos. mengirimkan wang tunai adalah tidak digalakkan sama sekali terutamanya jika jumlah bayaran yang tinggi.
inilah yang berlaku. seorang guru telah menjelaskan bayaran kepada kita dengan mengirimkan sejumlah wang tunai menggunakan pos berdaftar tanpa sebarang notis surat, makluman atau dokumen. tapi mungkin nasib menyebelahi pasangan guru terbabit apabila kiriman wang tunai tersebut sampai dengan selamat kepada kita dan penerima yang membuka sampul berdaftar tersebut telah diterapkan nilai-nilai kejujuran. maka, wang tunai yang berjumlah hampir rm1 000.00 itu terus di deposit kan dengan kadar segera selepas menghubungi pasangan guru tersebut untuk mendapatkan makluman.
aku tak salah guru tu bodoh sombong. tapi tak juga mengakui aku bijaksana. tapi tak logik kita bagi sesuatu tanpa mention apa-apa. sebarang andaian boleh diberikan. dan kalau sistem keselamatan pos tersebut tiba-tiba berlaku masalah macam mana? pasti saling salah menyalah antara kita dengan client kan?

Wednesday, May 19, 2010
ada aku kesah bhg3
kalau aku cantik
yer aku akui aku punya kelebihan pada paras dan rupa. inilah ciptaanNYA. aku peminjam sementara. sampai satu ketika, DIA punya kuasa mengambil keistimewaan aku ini.
lurah manusia sukakan kecantikan dan kesempurnaan. lumrah juga untuk setiap manusia yang sukakan pujian. begitu juga aku. tapi andai pujian terlalu melambung tinggi, pasti ada sesuatu yang tak kena. aku berasal dari kampung, so, memang standard orang kampung berwajah comot dan tak terurus. demikian maknanya aku juga biasa dikeliling orang yang punya paras rupa sendiri (mengikut cara mereka menguruskan penampilan). apa yang kita miliki bukankah milik DIA? DIA yang mencipta. apa sahaja bentuknya, bersyukurlah. menghina ciptaanNYA, bermakna kita menghina DIA.
lelaki!... lelaki memang suka perempuan yang cantik. perempuan pun macam tu juga. suka lelaki yang cantik. tapi bab kawan memang aku tak memilih. selagi dia tahu batas-batas dalam hubungan semua aku kawan. sebab tu aku punya ramai kawan.

ada aku kesah bhg2
kalau aku ada PhD
terima kasih mak ayah sebab hantar adik pergi sekolah. mak ayah kerja pagi petang cari duit belikan baju sekolah, bayar yuran, bagi duit belanja. itu tak kira lagi bila tahun adik exam exc: upsr, pmr dan spm. mak ayah terpaksa cari duit lebih untuk kelas tambahan dan buku rujukan. paling adik ingat masa adik tingkatan lima. rezeki adik dapat kelas sain. so, banyak buku rujukan yang kena beli (baca:diwajibkan beli)
dekat rm200 harga semua buku. tak masuk buku latihan, calculator saintifik dan duit belanja pun emak kena bagi lebih sebab tengahari adik tak balik rumah. ada kelas tambahan.
terima kasih pada cikgu-cikgu yang mengajar, memberi ilmu pengetahuan. tanpa kalian siapalah saya. pada kawan-kawan yang banyak bagi copy paste homework. hurmm kesimpulannya bila aku dah berjaya memang aku tak boleh berlagak. aku berhutang jasa bakti kalian. dan jika izin tuhan aku seboleh-bolehnya akan menolong orang lain yang tak bernasib baik. denagn kuasa tuhan juga mungkin aku seperti mereka. semua ini sementara. hanya pinjaman. tak guna aku nak berlagak. ada yang lebih berkuasa lagi. lebih bijaksana. ALLAH MAHA BIJAKSANA.

NAIK PELAMIN
Tuesday, May 18, 2010
ada aku kesah bhg 1
kalau aku berjawatan tinggi
syukur alhamdulillah. ini semua rezeki allah. terima kasih untuk mak dan ayah yang melahirkan dan beri didikan. kalau jawatan ni bukan untuk aku, sekarang aku pasti bergelar penganggur. kalau bekerja sekalipun mungkin jadi cleaner, guard, tak pun promotter kat shopping complek. tak pelah kan, janji kerja halal. tanpa mereka yang kerja-kerja mcam tue tak terurus lah malaysia ni.
sebab kerja yang nampak kotor tu untuk membersihkan, menyucikan dan mengemaskan. terima kasih pada kalian. kita sama-sama bertugas demi negara ya. asalkan rezeki halal dan anak bini dirumah makan, selagi tu kita betungkus lumus membanting tulang empat kerat. sekurang-kurangnya kita tak minta sedekah atau mengharapkan bantuan orang semata-mata. makcik tetap lebih tua dari saya, saya hormat makcik seperti saya hormat mak saya. kita sama-sama manusia. sama-sama hina disisiNYA.
tanpa orang yang berjawatan rendah, tak adalah aku yang berjawatan tinggi.

ada aku kesah?!
kalau aku berjawatan tinggi, maka aku harus ada sombong (apa standard aku untuk bergaul campur dengan makcik cleaner dan orang kerja kampung. bikin kotor pejabatku eeiiyyy yack.. geli lah.)
kalau aku berpelajaran hingga PhD maka wajib aku berlagak (for sure aku berlagak, ingat senang nak sampai ke tahap ni? aku yang bersusah-payah berjaga malam study untuk exam, bila dah berjaya ramai pulak mengaku kawan)
kalau aku cantik, maka aku patut punya ramai lelaki kaya (namapun perempuan cantik. tengok lah mata aku, bibir aku yang seksi, pipi aku yang mulus, bentuk tubuh aku yang gebu dan langsing, setakat lelaki tak cukup inci, muka macam tongkang pecah mana layak aku nak layan. dah lah kaler macam buntut kuali, gigi pulak maju ke hadapan. sesuai cuci kandang lembu jiran aku jer, tak pun aku upah cuci kasut aku.)
kalau aku kaya, maka aku perlu berhati-hati memilih kawan (faham-faham jerlah zaman sekarang ni. orang kawan dengan kita sebab duit.nanti mereka ambil kesempatan mengikis hartaku yang menggunung. aku bersusah payah bekerja siang malam mengumpul harta. masa aku susah tak ada sesiapa yang tolong. aku tak pernah minta tolong dengan sesiapa apatah lagi menyusahkan orang lain. so? apa alasan korang untuk aku membantu?)
dan kesimpulannya bilamana aku perempuan cantik yang kaya-raya, memiliki jawatan tinggi kerana pelajaran aku yang cemerlang, aku merupakan manusia paling sempurna dan layak menjadi contoh oleh kalian. - ini adalah FAKTA.

Friday, May 14, 2010
BieSayang
"bie...sayang nak naik bas g keje boleh tak. boleh balik awal nanti. kalau tunggu bie lambat... stanby bila bie xde, pegi kursus ke, ape ker?"
"jangan nak mengada-ngada boleh tak?"
..........diam...........
" sayang, minggu depan bie kursus 2 minggu. sayang naik bas tau. hati-hati jaga diri"
" apa? naik bas? bie tak sayang kat sayang ke? tak risau ada kucing langgar sayang ke nanti? kena ngorat dengan pakcik driver bas cam ne? kalau salji turun macam mana? nanti luka-lukalah kaki sayang. habis cair make up. calar muka sayang kena habuk. kalau abang bangla bawa sayang lari g lombok sapa nak jawab?..hurmmm sampai hati bie.."
(dalam hati) lor macam tu plak. bila disuruh tak nak. kalau dilarang beriya-iya sangat. ajak kahwin tolak. nak bawa lari, aku sendiri tak boleh berlari.
..................................lumrah manusia.....................
(dalam hati lagi..) yang penting bie cintakan sayang.

Thursday, May 13, 2010
lulus ujian seminggu
alhamdulillah.. cukup setakat ini aku exercise untuk menguatkan kakiku yang semakin lemah. aku akan kembali berehat dan bermanja-manja selepas ini. tiada lagi bangun sebelum subuh, terpacak tepi jalan, tehegeh-hegeh panjat tangga bas, terketar-ketar lintas jalan, kehulu-hilir dengan payung biru dan masuk awal pagi sebelum jam 7.
aku pasti kembali seperti dulu. di layan bagai puteri raja. dimanja, ditatang bagai minyak yang penuh. tiada lagi peluh membasahi celah lenganku. boleh bangun lewat. tak risaukan hujan waktu pagi atau petang. aku kembali ke dapur. berperang dengan senduk, kuali dan dapur gas. melayan karenah spesis kuat makan di rumahku. bangga bila melihat hidangan masakanku habis dilantak tanpa aku berpeluang menambah kali ke2.
tapi aku tak boleh lupa diri. perlu sentiasa beringat-ingat. pasti suatu hari aku kembali mengatur janji dengan nadi putra. tapi bukan masa terdekat ini. kerna aku hampir tumbang menyembah bumi gara-gara seminggu menyahut seruan kementerian belia sukan, larian belia. ya! seminggu aku berlarian :(

Wednesday, May 12, 2010
different version
NAMA BRUTAL GUA ABONG. GUA MEMANG SPESIS GANAS. HOBI GUA MEMBUNUH...... nyamuk. BAB BANGUN PAGI MEMANG GUA MALAS. KALAU BOLEH GUA NAK SETIAP MASA MALAM. GUA KALAU DAPAT TIDUR MEMANG TAK HENGAT DUNIA. GUA RASA KALaU GEMPA BUMI PON GUA PIKIR ORANG BUAIKAN GUA TIDOR.
TAPI APAKAN DAYA GUA KAN. KENE KEJE GAK LAH. KALAU GUA TAK KEJE SAPE NAK TANGGUNG GUA MELANTAK. TAK KAN GUA NAK MEMBUTA BAWAH JAMBATAN KOT. LU KENE PIKIR GUA BUKAN PET OKEY...
SUBUH-SUBUH ALAM GUA BANGUN. GUA GIGIL MACAM TENGAH GORENG LAGU METAL JER TIME GUA MANDI. MEMANG MENUSUK WA CAKAP LU. KALAU GUA CONTINUE SELAM KAT ATAS KATIL GUA KOMPEM PENGSAN BALIK. GILER PUNYA TAK SEDAR DIRI.
GUA GEMPAK CIKIT TIME TURUN DARI RUMAH. BARU KEJAP GUA PACAKKAN DIRI, BAS DAH SAMPAI. BROTHER NADI PUTRA AWAL PLAK PAGI NI. SAMPAI DEPAN MARKAS, GUA LONCAT TURUN BAS. BARU NAMPAK GEMPAK DAN GANAS SIKIT. GUA RELEAKS JER LINTAS JALAN. MEMANG GILER LENGANG JALAN TIME TUE. GUA RASE SEMPAT MAKAN NASI LEMAK SEBUNGKUS DUDUK TENGAH JALAN TUE. KOMPEM GUA RELEAKS LAGI. ROCK NEVER DIE. YEAHHH PEACE.
KALI NI GUA SERIUS GILER BABI PUNYER GEMPAK. GUA TENYEH-TENYEH BIJI MATA GUA. MEMANG GUA TAK CAYA APA YANG GUA TENGOK. GUA SEMPAT KOREK BIJI MATA GUA CUCI DENGAN ANTIBIOTIK BAGI CLEAR. MANA TAHU, NENEK MOYANG BAKTERIA, KUMAN ATAU KEJADAH VIRUS DOK TONGGENG-TONGGENG, GULING-GULING KAT MATA GUA. TAPI AKHIRNYA GUA REDHA. MEMANG JAM TEPAT PUKUL 6.45. WOW.. ADEK TAK PERCAYE NYAH.. EHEH SALAH SKRIP. GUA RESPECT TABIK SPRING KAT DIRI GUA SENDIRI. RASA NAK DABIK DADA MACAM GORILA JER TIME TUE.
KOMPOM SEJUK PERUT MAK GUA NGANDUNGKAN GUA BILE TENGOK GUA JADI MANUSIA. BUKAN JADI HANTU SEPERTI YANG DI WAR-WARKAN OLEH MEMBER-MEMBER GUA YANG TENGOK GUA TIME GUA LEPASKAN RAMBUT. HAHAHAHAHAHHA.

ida dah pergi
dia telah pergi. melepaskan genggaman tangan dua insan berlainan darah. terasa hangat jemari halus itu menjadi dingin tiba-tiba. dua pasang anak mata mula berkaca. kenangan manis ketika bersama meniti di bibir. apakan daya, masa tak menunggu. terus berlalu. wajah mendung itu menitiskan hujan juga akhirnya.
dia pergi membawa Ida bersama. satu-satunya Ida yang ada di sini, dibawanya pergi. terpisah oleh lautan, pergunungan dan jarak. dia membawa Ida terbang ke awan biru. tiada lagi ida.
eliesesamancha

Tuesday, May 11, 2010
mengong
bukan kewajipanku mencintaimu. kau ku ibaratkan sebagai amanah. arakian aku bertanggungjawab menjaga dirimu. andai aku dicipta dari tulang rusuk kirimu, maka aku wajib mencintaimu. patuh sebagai teman hidupmu. itupun setelah aku sah bergelar teman hidupmu. selagi tidak berlaku. aku sekadar beburung. bebas di awan biru. usah kau sangkari aku. aku bosan melihat wajahmu.
andai aku di awan biru, aku pasti sentiasa di sisimu. kerna ku tahu, aku pasti rindu bilamana terbang jauh darimu.
kini aku keliru. apakah perasaanku padamu.

pupus, lupus....putus
setiap kali aku rindu, aku tidur biarkan kau hadir teman lenaku,
kerna aku tahu, mustahil kau membalas mesej-mesejku. bila kau kuhubungi, kau sibuk selalu. tapi aku nekad tika itu. selagi masih ada rindu, aku buang perasaan malu. ku tebalkan muka tergegeh-hegeh membazirkan kredit menghantar mesej bertanyakan khabarmu...
tiba-tiba mesejmu sampai ke telefon bimbitku. terkejut anak beruk tatkala kau memberitahu kau rindu padaku. benarkah atau palsu? bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku juga mengakui aku rindu. tiba kemuncaknya kau menghubungi aku. mengajak untuk bertemu. rindu yang tak tertanggung katamu. tapi seperti dulu-dulu aku tak pernah percaya kata-katamu.
kini kau pula terhegeh-hegeh menagih cinta dulu. bak kata alya - tak mungkin kerna sayang. ya! cuma terganggu oleh perasaan. yang patah tumbuh, yang hilang berganti. begitu juga aku. kini baruku sedari, cintaku bertepuk sebelah tangan. rau buat remuk seluruh hatiku.
nanti kalau aku naik pelamin, aku jemput kau datang ya. dan kau pun jangan lupa menjemput aku di hari bersejarahmu nanti.

Monday, May 10, 2010
resah dan rindu menjadi satu
bunyi enjin kenderaan yang masuk di celah tingkap buat makissa tak lena tidur. puas dibalik-balikkan tubuhnya bagai ikan sedang di panggang, namun mata bundarnya masih bercahaya memerhati tirai jendelanya menari mengiringi rentak tiupan angin kipas siling. cahaya lampu jalan dipersalahkan. konon makissa terganggu dengan silauannya. untuk seketika kamar tidurnya diterangi kilauan lampu bagai kelab malam. mungkin abang peronda sedang menjalankan tugas. tujuannya memastikan makissa terus selamat dikediamannya.
bertukar posisi ke kiri. mencari keselesaan tubuh yang lenguh-lenguh. pelik. betapa degil mata makissa malam ini. bukan untuk malam ini sahaja. sejak sendirian dia sukar melelapkan mata. deruan enjin kenderaan buat degup jantung makissa kencang. luas jalan raya bagai terbentang bak lautan membiru. demikian buat makissa gusar. langkah perlu diteruskan. setelah kakinya patah, dia perlu terus melangkah. walau dengan tongkat sekalipun. mengalah bukan jalan terbaik.
sekadar melepaskan diri sendiri sudah memadai buat gadis seperti makissa. sekurang-kurangya dia tidak menumpang tuah orang lain. "mak tahu adik tabah. menangislah tatkala kau jatuh. bangkit dan melangkahlah kembali. usah kau fikir apa kata sekeliling. sekadar lepas untuk diri sendiri, kau pasti bahagia, mak bersyukur" kata-kata perangsang bonda kekasih tercinta bekal mengiringi langkah terutama saat melintas jalan raya :)

hangatnya cinta
kelam malam ini aku berselubung rindu. kedinginan angin malam selepas hujan tidak aku rasakan. kehangatan cintanya mengalahkan segala. aku tewas. aku rebah menyerah diri mengaku aku sedang rindu. ku akui aku mula jatuh cinta. cinta padang pasir barangkali. kehangatan cinta ini buat aku lebih berani.
ahh.. sialan mulut-mulut itu. mereka hanya tahu berbicara. sedang mereka bahagia, cintaku porak peranda dibuatnya. mungkin kehadapan ini tidak lagi. aku pasti membina benteng, mencipta perisai untuk melindungi cinta ini.tiada lagi cinta selepas ini. aku pasti. ya! aku yakini.

Omak Den
adek - assalammualaikum mak,
mak - haa waalaikumsalam. semalam napo tak tipon mak. pueh lah dek nunggu ea
adek - omak la tpon adek.
mak - pandai kau! mano kau blaja omak telepon anak?
adek - buleh yo omak telepon anak. bilo anak xdo kredit. omak la yang kono telepon. hahahhaa
( ketawa berderai)... mak, cam no nak buek kue puding jagong. adek dah buek aghi tue. tak jadi.
mak - ko boli topong kastat tue, jagung dalam tin tue, mughah yo. peh tu boli santan.
adek - apo lak nak buek dongan santan?
mak - buek mandia an kau. bia coghodik lobih ckit.
adik - sampai ati omak nak mandi an adek santan. ari tu tak jadi adek tak lotak santan lah agak ea. adik ubuh air yo.
mak - ayoo boto lah kau ni! mano kau balaja. botuah boto budak nie!
adek - takpo takpo, peh ni adik ubuh santan yo.
mak - dah lah dek yo.. potir kuek bona ha. takut lak omak. pokak kang tak dapek donga laie kang. yo lah yo.. waalaikumsalam.
adek - bilo pulak adek bagi salam. tak nyompek-nyompek lah omak ni.
mak - yo ko? ha yo lah yo.
adek - yo lah mak. assalammualaikum.
mak - waalaikumsalam.

SEDAR @ TAK SEDAR?
bangunan pencakar langit di mana-mana
maksiat berleluasa
perempuan lebih ramai dari lelaki
seks sesama jenis
para ulama semakin berkurangan
nilai darah murah
pembunuhan sana sini
makkah banjir
matahari semakin merah
masa dirasakan begitu singkat
keraian di sana sini
manusia semakin jahil
masjid tempat lawatan
makkah pusat pelancongan
kekerapan gempa bumi
meletusnya gunung berapi
KENAPA AKU MASIH DI SINI. DIAMBANG DOSA DIKELILINGI SYAITAN YANG DIREJAM? mana pengetahuan agama yang aku pelajari? ya allah ya tuhanku. bukalah pintu hatiku. berikanlah hidayah dan tunjukkan jalan kebenaran untuk hamabaMU ini. aku benar-benar rindukanMU.
KENAPA AKU TEWAS DENGAN PUJUK RAYU MAKHLUK DURJANA ITU. kini aku semakin jauh dariMU. air mata sesal menitis saat memikirkan azabmu. AKU TAK LAYAK UNTUK SYURGAMU. NAMUN TAK JUGA AKU MAHU KE NERAKAMU.

kekebalan cinta hati
ashi kekal dengan egonya. masih tidak mengakui apa yang dirasa. disaat makissa mula pasrah mengalah. ashi wujudkan kekeliruan. sejarah silam diungkit dibangkit. ashi begitu kebal dengan kekuatan perasaan itu.
nah.. kini ashi semakin nampak bendera putih tanda kekalahan egonya. ashi mula mengakui perasaan itu mula menguasai diri. sememangnya ashi sedar perasaan itu kekuatan langkahnya. tapi kenapa begitu sukar segalanya diakui?
makissa kalah dek ashi sendiri. makissa tewas bilamana ashi menjegilkan biji mata. makissa terus berdiam. terus menerus memuja merindu cinta hitamnya. kerana percayakan ashi, makissa sakit merindu.
suatu hari makissa perlu berdiri. membuat keputusan sendiri. mengakui cinta hati. tanpa menoleh lagi, makissa perlu menang untuk kali ini.

shidalelah (cindarella)
makissa menoleh syiling. silau cahaya lampu menambahkan kekuyuan mata bundar makissa. makissa pejam mata. terasa nikmat bilamana lena pengakhiran angan-angan. makanya mimpi-mimpi indah penyambung segala cerita. makissa lentokkan kepala. mohon si pari-pari muncul bersama kekabu empuk buat alas tidur. pasti pari-pari itu hadiahkan sayap putih untuk selimut tubuh ramping makissa.
pari-pari itu perlu berada di sisi makissa. tiada nyamuk diizin menghampiri, tiada bunyi bising kedengaran. makissa lena di buai mimpi. bagai anak kecil dalam buaian yang kekenyangan susu.
owhh indahnya lena itu.
slurrrppp....liur basi meleleh ke pipi. makissa pisat-pisat bangkit. tengkuk rasa sakit, lengan terasa lenguh-lenguh. si pari-pari menjadi CC.. makissa curi tulang lagi.

Friday, May 7, 2010
orang kelainan upaya
aku terbaca artikel kat salah satu akhbar. perkataan Orang Kurang Upaya dah ditukar kepada Orang Kelainan Upaya. hurrmmmm ape lah maknanya nak bagi gelaran yang istimewa untuk golongan minoriti ni? padahal kaum majoriti dah ringan mulut panggil kami dengan gelaran cacat. kalu dah cacat, cacat jugalakh. hinggakan apa-apa yang nampak tak sempurna di mata mereka, mereka akan gelarkan cacat juga.
exp: nampak cacat jer lukisan kau ni
macam orang cacat je ko buat muka mcm tue
tak ok lah lukisan ni. warna terang nampak cacat.
hurmmm.

setelah mencecah setahun makissa bersenang lenang, bermanaj, menggoyang kaki. hari ini makissa kembali bersusah payah memboloskan diri ke dalam perut nadi putra. kebiasaannya hari dah terang bangun makissa terkedek-kedek turun tangga menuju ke WIRA ADH. berbeza dengan hari ini, makissa keluar rumah, lampu jalan masih terpasang.
terhegeh-hegeh makissa membelah kelam melintas jalan.
susahnya menyesuaikan diriuntuk hidup susah bilamana leka bersandar menggoyang kaki.
benar kata orang dulu-dulu. jangan seperti kacang lupakan kulit persaamaan untuk manusia yang lupa daratan.

salam satu spesis
assalammualaikum
sebenarnya aku terlalu sakit hati hari ni. memang tak ade sesiapa yang ganggu hidup aku. apatah lagi menyentuh kasar tubuh aku. tapi tindakan manusia yang membuka pekung di dada untuk mendapatkan perhatian lebih buat aku jadi meluat pulak.
aku sedar entry yang aku buat pon acap kali menyumpah orang. itupun aku dah berusaha keras sedaya upaya memerah tenaga mencipta watak bohong, dan menyembunyikan pelakon-pelakon utama. entry yang aku buat pun bukan semua mengenai aku. kebanyakannya hanyalah imiginasi sebab aku suka berangan.
WTF
gunalah psikologi sikit bila buat blog. jangan sampai orang tembak mati nanti
(mati boleh terus kebumi, kalau kena saman? penjara?)

Thursday, May 6, 2010
hati berbicara
jauh kau pergi meninggalkan diriku,
disini aku merindukan dirimu,
kini ku cuba mencari penggantimu,
namun tak lagi kan seperti dirimu owhhh WIRA ku
please, please, please,
kamu jangan nakal,
hak milik kekal.

Tuesday, May 4, 2010
APA ADA DALAM DAPUR
-ikan selar 2 ekor
-pucuk ubi
-budu
-maggi
-cili api
-kunyit hidup
-bawang merah
-santan
-garam
plan A - masak lemak cili api ikan selar + pucuk ubi (gagal sebab tak ada serai)
plan B - pucuk ubi rebus cecah budu ( :( tok se budu)
plan c - maggi ( senang dan cepat tapi tak menyelerakan)
so??
makan nasi lauk kicap ;)

Monday, May 3, 2010
adab 2
adab (2) depan orang ramai
-jangan menyampuk cakap orang
-buat-buat tak dengar butiran yang sedang diceritakan.
-tapi peka dengan keadaan sekeliling(nanti orang cakap delay plak)
-jangan membelakangkan orang tua.
-pandang muka masa bercakap
-rendahkan suara. cakap dengan bahasa yang jelas tanpa guna istilah-istilah formal atau bahasa international.(nanti nampak berlagak)
-tunjuk minat dan dengar dengan penuh perasaan
-tunduk @ letakkan tangan di belakang masa melintas @ berselisih dengan orang.
-beri salam
-senyum dengan ikhlas
tundukkan muka tanda hormat.

adab 1
adab (1) di meja makan
-tunggu orang yang lebih tua. makan sama-sama.
-jangan gelojoh ambil lauk. dahulukan orang tua / lebih tua dari kita
-jangan sesekali menuding jari atau mengangkat ponggong untuk capai lauk(minta tolong dengan orang yang berhampiran) kalu boleh tahan, abaikan je keinginan tu.
-masa makan jangan bercakap
-jangan pegang sudu dengan tangan kanan untuk ambil lauk, nanti sudu kotor.
-makan dengan sopan santun
-jangan hasilkan apa-apa bunyi dari mulut
-jangan selang makan dengan air. dah siap makan baru minum air.
-jangan cerita benda-benda kotor masa makan
-elakkan batuk, selsema atau terkentut masa makan.
-lepas mkan jangan leka congkil gigi depan org ramai atau sendawa dengan kuat...geli beb. boleh terkeluar menu makanan.
-lepas makan rajin-rajinlah bangun cuci tangan kat sinki. basuh sekali pinggan mangkuk sendiri.
-jangan komen, komplain atau bagi apa-apa pendapat negatif rasa masakan.

menu orang kampung
masak lemak ikan patin + tempoyak
tomyam campur
ikan bilis goreng cili padi
daging masak kicap
sayur tauge
masak lemak ayam
kari kepala ikan
sup cendawan
nasi goreng kampung,
bihun tomyam
mee goreng basah
cekodok pisang
agar-agar milo
puding jagung
telur masak lemak cili padi
ikan keli goreng cili padi
jemput-jemput ikn bilis
fuhhhh.... boleh meniaga kat pasar malam cam ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)